"Seseorang yang mengikuti hawa nafsunya, berarti menyerah kepada keinginan musuhnya"

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar.
(Khalifah ‘Umar)

Sunday, February 5, 2012

Perutusan Maulidur Rasul - Khairul Iqhmal ^__^

Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua Umat Manusia, marilah kita bersama2 berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, disamping kita berselawat, laksanakanlah sunnah2 Baginda. Maulidur Rasul bukan hanya bermakna kita perlu berarak dan berselawat di jalan2, yang lebih utama ialah kita menyambung perjuangan Rasulullah untuk menegakkan dan menyebarkan Islam di muka bumi, bukan bermakna kita tak boleh berarak, tapi apakah makna berarak jika Sunnah Rasulullah tidak diamalkan? peraturan2 yang Rasulullah sampaikan tidak diikut, nasihat2 Rasulullah tidak dipedulikan? jika ini sahaja cara kita menyambut Maulidur Rasul maka janganlah mengharapkan Syafaat dari Rasulullah.

Disamping kita memuji Rasulullah,bercerita tentang sejarah Rasulullah,mengadakan Ceramah,bacaan Yassin,majlis Selawat dan sebagainya mari kita nilai semula amalan kita adakah memadai cuma mengadakan majlis2/sambutan2 diatas tanpa kita memenuhi tuntutan Allah dan Rasulullah?Sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w perlu dihayati dan diteruskan oleh kita. Umat Islam harus sedar dari sikap "TAK AMBIK TAU"(dalam loghat penang) terhadap ancaman-ancaman yang dihadapi oleh negara kita pada masa kini. Antaranya dakyah pemurtadan, pengliberal akidah, penghalalan seks songsang-bebas, dasar sekular, menolak aturan dari Allah, Zina,Arak,Judi,Rompak,Ragut,Bunuh diri dan lain2.Ini berpunca daripada cara hidup kita sendiri yang mengasingkan Allah dan Rasul dari kehidupan seharian kita, kita lebih mementingkan "FULUS" daripada permasalahan yang melanda Umat Islam.


Jadilah seperti sahabat-sahabat Rasul s.a.w seperti Abu Bakar as Siddiq, Abu Ubaidah al Jarrah, Abu Hurairah, Abu Zhar Ghifari, Abu Dujanah dan Abu Usman yang sanggup berkorban demi Rasul tercinta. Setidak-tidaknya kita juga menghormati manusia mulia seperti Abu Talib walaupun kafir tetapi sentiasa melindungi Islam. Bukannya kaum kuffar harbi seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Rafi dan Abu Lukluah yang memusuhi Islam dengan pelbagai cara termasuk memperalatkan kaum munafik menentang Islam, dan sekarang banyak juga yang menolak Islam atas dasar KEPELBAGAIAN KAUM,sebenarnya mereka takut kepada kafir laknatullah yang tidak mahu seinci tanah dimuka bumi pun mengamalkan Hukum2 Allah!


Sesungguhnya Maulidur Rasul dengan lahirnya Muhammad bin Abdullah bukanlah satu kebetulan, tetapi ia adalah perancangan hebat daripada Allah Yang Maha Hebat. Ini kerana bayi yang bernama Muhammad ialah dari kedua-dua ibu bapa yang salih, kenapa tidak?


Allah SWT telah memilih ibunya Aminah dari seorang anak gadis yang suci bersih dari sebarang sifat negatif; ketika ramai di kalangan anak-anak gadis ketika itu terlibat dalam tindakan songsang umpama GRO pada hari ini. Begitulah ayahandanya Abdullah; seorang remaja lelaki yang tidak pernah walau sekalipun menyembah berhala, berjudi, minum arak, berfoya-foya. Ini menunjukkan bahawa pasangan Aminah dan Abdullah adalah pilihan Allah bagi mendapatkan zuriat yang salih.


Contoh teladan baik lagi positif yang ada pada diri baginda Rasulullah telah bermula sejak pemilihan perkahwinan kedua-dua ibu dan bapanya yang dirancang khusus oleh Allah SWT. Allah mahukan apa yang terbit dari diri baginda adalah contoh teladan yang baik lagi mulia.


Justeru, sambutan Maulidur Rasul perlu disambut dengan penyampaian kefahaman Sirah Nabi agar masyarakat dipandu ke arah kesempurnaan hidup. Dalam erti kata, apa yang mereka lakukan adalah berdasarkan kefahaman yang betul dan bukannya atas dasar ikut-ikutan. Sambutan Maulidur Rasul pada hari ini lebih sebagai amalan adat dan bukan ibadat.


Apabila peranan ini dapat dilaksanakan lebih dua atau tiga puluh tahun dahulu, maka generasi yang ada pada hari ini adalah generasi khaira ummah yang mampu melaksanakan segala hukum al-Quran dengan semangat sejarah kelahiran Rasulullah atau lebih tepat lagi dengan Maulidur Rasul.


p/s : Akhir kata jika mahu Islam ditegakkan mari bersama2 jemaah Islam, tinggalkan pertubuhan yang hanya tahu memperjuangkan BANGSA semata-mata, tinggalkan kumpulan2 yang mengasingkan agama dari kehidupan iaitu golongan SEKULAR, tinggalkan kehidupan kita yang dipenuhi MAKSIAT dan benda2 Melalaikan, mari bersama ikut Sunnah Rasulullah dan mengamalkan "Amar Makruf & Nahi Mungkar".


Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]


Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]


-ditulis,diedit,dicopy,-
KHAIRUL IQHMAL BIN AZIZ
(PEMUDA PAS MALAYSIA)