"Seseorang yang mengikuti hawa nafsunya, berarti menyerah kepada keinginan musuhnya"

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar.
(Khalifah ‘Umar)

Tuesday, July 3, 2012

PERBEZAAN Pemuda Islam DULU dan SEKARANG



Pemuda islam dulu mati syahid dalam  peperangan menegakkan islam
Pemuda islam sekarang mati katak dalam perlumbaan haram
Pemuda islam dulu hafal Al-Quran
Pemuda islam sekarang hafal not muzik
Pemuda islam dulu hafal beribu Hadis
Pemuda islam sekarang hafal beribu lagu
Pemuda islam dulu bunuh ramai kafir dalam peperangan Badar
Pemuda islam sekarang bunuh ramai anak haram
Pemuda islam dulu berjalan beribu batu mencari ilmu Agama
Pemuda islam sekarang merantau ke Ibu Kota mencari glamour
Pemuda islam dulu berhabis duit berinfak kerana ALLAH
Pemuda islam sekarang berhabis duit untuk hiburan dan pelacuran kerana Setan
Pemuda islam dulu kuat tauhidnya
Pemuda islam sekarang kuat belitnya
Pemuda islam dulu kuat imanya
Pemuda islam sekarang kuat mainnya
Tak semua pemuda islam sekarang yang leka
Ini bukan mengata
Tapi perlu di teliti
Tapi
Pemuda islam dulu dan sekarang
Ada persamaannya yang nyata
Persamaan yang ketara
Yang sama
Mereka adalah
PEMUDA ISLAM
Fikir-fikirlah wahai pemuda islam sekarang.....

Daripada Ibnu Umar, bahwa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Hadits riwayat At Tabrani)

Monday, June 18, 2012

Muawiyah terima teguran rakyat.

MUAWIYAH bin Abi Sufyan bin Harb bin Umaiyah ialah pengasas Bani Umaiyah. Beliau ialah sahabat Nabi Muhammad dilahirkan pada tahun 602 Masihi. Lima tahun sebelum Nabi Muhammad menjadi rasul.

Beliau memeluk Islam ketika berumur 25 tahun. Pada masa itu Mekah ditawan oleh tentera Islam. Sebelum memeluk Islam, beliau seorang penentang yang hebat dan kuat terhadap Islam. Abu Sufyan ialah bapa Muawiyah seorang pemimpin Quraisy yang masyhur dan berpengaruh.

Pada masa Nabi Muhammad, beliau dilantik sebagai seorang penulis wahyu dan banyak melaporkan hadis serta mengetahui hadis Nabi Muhammad.

Selain dilantik menjadi gabenor Syam selama 20 tahun, Muawiyah juga dilantik menjadi khalifah pada 26 Rabiulawal tahun 41 Hijrah. Pada masa itu Hasan bin Ali menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, Muawiyah dilantik menjadi ketua pasukan tentera Islam semasa berperang di Syam. Semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khatab, beliau dilantik sebagai gabenor di Jordan.

Semasa Muawiyah menjadi khalifah, beliau banyak mencapai kejayaan dalam aspek pemerintahan, pentadbiran, politik, ketenteraan, politik, dan lain-lain. Muawiyah meninggal dunia pada tahun 60 Hijrah bersamaan 680 Masihi.

Muawiyah adalah tokoh terkenal kerana mengubah corak pemerintahan daripada demokrasi kepada sistem beraja. Beliau adalah pemerintah yang dihormati dan digeruni oleh rakyatnya.

Pada suatu hari, semasa Muawiyah berada di istana, beliau bertanya kepada para pembesarnya yang lain mengenai dirinya.

Kata Muawiyah: "Siapakah di antara pembesar beta ini yang dapat memberitahu beta mengenai sesuatu. Siapakah orang yang lebih baik dan mulia selain daripada ahli keluarga beta?"

Para pembesar yang ada di istana itu tidak mahu menjawab. Kelihatan istana sunyi sepi. Tiba-tiba ada seorang pembesar yang bernama Annuman al-Zirqi cuba menjawab pertanyaan Muawiyah. Pembesar itu bangun menampilkan dirinya dengan berani.

Pada masa itu, Hasan bin Ali turut berada di sana mendengar soalan yang dikemukakan oleh Muawiyah. Hasan diam membisu. Tiba-tiba, datang pembesar yang berani itu menghampiri Hasan bin Ali.

Kemudian pembesar itu menarik tangan Hasan, lalu mengangkat tangan beliau sambil berkata: "Orang yang mulia selain ahli keluarga tuanku ialah Hasan Bin Ali."

"Apa kamu kata? Hasan bin Ali orang yang lebih mulia selain daripada keluarga beta?" Tanya Muawiyah dengan nada terkejut.

Muawiyah terkejut mendengar jawapan daripada pembesar itu. Pembesar itu berani mengatakan bahawa ada orang lain yang lebih mulia daripada ahli keluarganya, sedangkan pada masa itu Muawiyah adalah seorang raja dan pemerintah Bani Umaiyah.

"Benar tuanku. Hasan bin Ali adalah cucu Nabi Muhammad dan Siti Khadijah. Beliau adalah anak Ali bin Abi Talib dan Fatimah Az-Zahrah. Bagi saya Hasan bin Ali orang yang mulia dan tiada bandingannya dengan orang lain," kata pembesar itu lagi.

Para pembesar lain turut terkejut mendengar jawapan pembesar yang bernama Annuman al-Zirqi itu. Semua para pembesar lain memandang tepat ke arah muka beliau. Mereka memandang beliau dengan pandangan sinis.

"Berani benar Annuman al-Zirqi berkata begitu di hadapan tuanku. Memang tidak beradab beliau ini," kata salah seorang pembesar yang menyokong kuat kepimpinan Muawiyah.

Ada di antara mereka marah terhadap Annuman al-Zirqi kerana mereka adalah pembesar yang menyokong kuat dan setia kepada Muawiyah.

"Maafkan hamba tuanku. Annuman al-Zirqi ini mungkin kelaparan atau tidak cukup tidur semalam. Maka, sebab itulah beliau berkata begitu," kata salah seorang pembesar lain bagi memujuk hati Muawiyah.

Muawiyah tetap berada di sana. Kemudian Muawiyah berasa seperti mahu marah terhadap Annuman al-Zirqi. Sebentar kemudian, marahnya itu menjadi reda apabila Muawiyah duduk semula di atas kerusi takhtanya itu.

"Maafkan saya tuanku. Saya berkata benar. Bagi saya orang yang mulia daripada ahli keluarga tuanku adalah Hasan bin Ali," kata Annuman al-Zirqi kepada Muawiyah.

"Tidak mengapa. Beta sudah tahu kebenarannya. Orang yang mulia selain daripada keluarga beta adalah Hasan bin Ali. Walaupun pada mulanya tadi beta agak terkejut dan berkecil hati tetapi sekarang beta dapat menerima kenyataan itu. Beta memaafkan kamu. Kamu berkata benar," jelas Muawiyah panjang lebar.

Para pembesar lain yang turut berada di sana juga dapat menerima kenyataan bahawa Annuman al-Zirqi seorang yang tegas dan bercakap benar. Mereka tidak marah kepada Annuman al-Zirqi lagi.

Annuman al-Zirqi ialah seorang pembesar yang berani. Beliau berani menyatakan kebenaran di hadapan rajanya pada masa itu. Oleh yang demikian kita sebagai orang Islam wajar mengambil iktibar daripada kisah ini.

Kita juga perlu bercakap benar dengan sesiapa sahaja yang kita jumpa. Orang yang bercakap benar tidak akan rugi.

l Petikan daripada buku Sayap Dari Syurga terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd.

Thursday, April 5, 2012

Latar belakang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang mmpunyai Kekayaan -RM1,425 juta

Latar belakang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

- Umur – 53 tahun

- Pendidikan – SPM

- Mula berniaga – 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)

- Kekayaan -RM1,425 juta

- Ke 7 terkaya di Malaysia

- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

- Antara syarikat miliknya – MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat

- Kereta – Proton Perdana

- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary,institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula – Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

50 Perkara Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Thursday, March 29, 2012

9 JENIS ANAK SYAITAN

9 JENIS ANAK SYAITAN, PERHATIKANLAH:

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini??

Wednesday, March 28, 2012

Siapa yang terlibat dengan DOSA WANITA?

Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan meLakukan maksiat tidak ditanggung oLehnya seorang sahaja. Tetapi beLiau turut mengheret puLuhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. AdakaLanya si wanita ini berkata:

‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasaL la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’

Sebenarnya beLiau siLap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beLiau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka iaLah:

✦ Suaminya...
✦ Ayahnya...
✦ Saudara leLakinya...
✦ Anak leLakinya...

Keempat-empat golongan leLaki ini perlu bertanggungjawab memikuL beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan? Itu baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adaLah orang-orang yang perLu ‘bertanggungjawab’, beLum termasuk orang-orang lain yang ‘terLibat’. Di bawah ini saya senaraikan puLa orang-orang lain yang terLibat kerana dosa seorang wanita:

✦ SAHABAT !!!

Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perLu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat. Sahabat yang tidak menegur juga perLu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari ALLAH. Telah dinyatakan bahawa kita perLu membuat teguran daLam peringkat:

--> Tegur dengan tangan jika terdaya.
--> Tegur dengan muLut jika terdaya.
--> Benci di dalam hati. Dan ini adaLah seLemah-lemah Iman. Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perLu merasa benci di daLam hati. Bukankah haL ini menyusahkan orang lain?

✦ ORANG YANG MELIHAT !

Sesiapa sahaja yang meLihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa pengLihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang waLaupun hanya seheLai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berLipat kaLi ganda.

✦ JURUFOTO !!!

Jurufoto yang mengambiL gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adaLah berdosa. Dosanya akan bertambah apabiLa menyebarkan gambar itu daLam majaLah, internet dan seumpamanya.

✦ PENERBIT Surat khabar, MajaLah, Blog dan sebagainya. !!!

Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanita adaLah berdosa. Tengok saja penuLis blog gosip, majaLah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya di-penuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat.

✦ PENJUAL / PENYEBAR

Orang yang menjuaL majaLah, gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adaLah haram untuk dijuaL dan disebarkan.

✦ PEMBELI / PEMBACA !!!

Orang yang membeLi dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing...
Kerana disebabkan merekaLah goLongan-goLongan yang tidak menutup aurat ini semakin BANGGA dengan dosa-dosa mereka. IniLah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat.

Tidak cukupkah senarai ini menjeLaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain? Itu beLum termasuk orang-orang yang meLihat dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogoL, mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perLu ditanggung disebabkan sikap SOMBONG seorang wanita yang tidak menutup aurat.

NauzubiLLah…SeteLah membaca, mari kita renung-renungkan kembaLi berapa banyak dosa yang teLah kita kumpuLkan? Beristighfar dan bertaubatLah sebeLum terLambat…Sebarkan artikel ini, semoga kita semua mendapat manfaat. Insya-ALLAH….

Thursday, March 15, 2012

Kenali Pejuang Islam PALSU di Malaysia..

Ayat ke-44
اتأمرون الناس بالبر و تنسون انفسکم و انتم تتلون الکتب افلا تعقلون
Artinya:
Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedang kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab ?Tidakkah kamu berakal?



Akhir-akhir ini muncul ramai yang begitu bersemangat di hadapan media massa arus perdana. Bersemangat seolah-olah mereka mempertahankan kesucian Islam. Bersemangat seolah-olah mereka mempertahankan aqidah umat Islam.

Bersemangat seolah-olah mereka mempertahankan institusi Islam. Bersemangat seolah-olah mereka menentang segala-gala yang mencemarkan nama baik Islam.

Syukurlah, sekiranya mereka benar-benar ikhlas tapi malanglah jika mereka hanya berlakon di hadapan media arus perdana sedangkan sebaliknya kehidupan mereka sendiri tidak menurut perintah Allah. Mereka yang berlakon ini bolehlah dikategorikan sebagai pejuang Islam palsu. Berikut disenaraikan ciri-ciri pejuang Islam palsu di Malaysia :

1. Membantah arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenar masjid menggunakan pembesar suara menyiar bacaan al-Quran sebelum Subuh .

Arahan ini selari dengan syarak kerana Islam tidak menggalakkan bacaan al-Quran diperdengar dengan kuat terutamanya menggunakan pembesar suara kecuali azan.

NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah arahan berkenaan sedangkan mereka sendiri tidak berjamaah di masjid apabila kedengaran azan.

MALAH ada diantara mereka yang hanya ke masjid untuk sembahyang Jumaat sahaja.Itupun kadang-kadang tunggu 3 kali Jumaat baru sembahyang Jumaat takut dicop munafik.

LEBIH TERUK lagi, ada di antara mereka yang tidak bersolat lima waktu pun.

2. Membantah wakil rakyat bukan Islam memasuki masjid dan surau di Selangor untuk memberi sumbangan dan menyampaikan ucapan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa orang bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah sedangkan mereka sendiri tidak mengimarahkan masjid dan surau.

MALAH ada diantara mereka tidak pernah menjejak kaki ke program - program agama yang diadakan di masjid dan surau.

LEBIH TERUK lagi, ada di antara mereka bertindak menghalang kuliah-kuliah agama yang diadakan di masjid dan surau.

3. Membantah wakil rakyat perempuan bukan Islam mengadakan aktiviti senamrobik di perkarangan masjid di Selangor

Program senamrobik disertai wanita Islam yang menutup aurat dan diadakan di luar masjid. Orang bukan Islam dikehendaki berpakaian sopan semasa berada di dalam masjid.

NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah sedangkan isteri dan anak mereka berpakaian tidak menutup aurat, tidak bertudung dan berpakaian ketat dan sendat.

MALAH ada di antara isteri dan anak mereka yang tidak menutup aurat semasa memasuki masjid.

LEBIH TERUK lagi, ada diantara mereka menganjurkan program di dalam masjid dengan orang perempuan tidak menutup aurat dan berpakaian ketat serta berlaku pergaualan bebas lelaki dan perempuan.

4. Membantah wakil rakyat bukan Islam di Selangor dan Perak membaca al-Quran dan terjemahan al-Quran

Banyak dalil jelas menunjukkan bukan Islam turut membaca sama ada secara tertutup atau terbuka ayat-ayat al-quran di zaman Nabi sa.w. Malah ayat-ayat al-Quran digelar mu'jizat (sesuatu yang mencarik adat dan luar biasa serta melemahkan musuh), apabila ayat-ayatnya diteliti oleh ahli sastera kafir quraisy, tatkala itulah baru mereka mendapati Al-Quran adalah sebuah kalam Allah dan bukan hasil pemikiran manusia.

Nabi s.a.w turut menghantar surat yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran kepada pemimpin bukan Islam di zamannya. Tentunya ia dibaca dan sememangnya untuk diwarwarkan.

NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah sedangkan mereka sendiri tidak membaca ayat suci al-Quran.

MALAH ada diantara mereka yang tidak mahu mempelajari kandungan ayat-ayat suci al-Quran melalui kuliah-kuliah yang diadakan di masjid dan surau.

LEBIH TERUK lagi, mereka sanggup mempersendakan hukum-hukum dalam al-Quran contohnya, hukum potong tangan menyebabkan ramai orang Islam tidak tangan, ikut hukum Islam negara tidak maju dan banyak penghinaan lagi.

5. Membantah tindakan kerajaan Kedah membenarkan pusat hiburan dibuka kepada bukan Islam di bulan Ramadhan

Kerajaan Kedah hanya melaksanakan enakmen yang telah diwartakan pada 12 Februari 1998. Namun sehingga pada 8 Mac 2008, tidak ada satu hari pun dalam bulan Ramadhan mampu laksanakan.

NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah sedangkan mereka sendiri adalah pengunjung pusat-pusat hiburan selain dari orang bukan Islam.

MALAH ada diantara mereka menjadi pengunjung tetap yang berpoya-poya dan minum arak dalam pusat hiburan.

LEBIH TERUK lagi, ada diantara mereka sanggup ke Danok dan Hadyai serta Genting Highlands untuk berjudi , melangan pelacur dan minum arak.

P/S : Pejuang Islam ini hanya muncul di negeri diperintah bukan BN. Jika Islam dicemar, dihina, dimurtad di negeri BN . Pejuang Islam palsu ini tidak pun muncul.
(dicopy)

Sunday, February 5, 2012

Perutusan Maulidur Rasul - Khairul Iqhmal ^__^

Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua Umat Manusia, marilah kita bersama2 berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, disamping kita berselawat, laksanakanlah sunnah2 Baginda. Maulidur Rasul bukan hanya bermakna kita perlu berarak dan berselawat di jalan2, yang lebih utama ialah kita menyambung perjuangan Rasulullah untuk menegakkan dan menyebarkan Islam di muka bumi, bukan bermakna kita tak boleh berarak, tapi apakah makna berarak jika Sunnah Rasulullah tidak diamalkan? peraturan2 yang Rasulullah sampaikan tidak diikut, nasihat2 Rasulullah tidak dipedulikan? jika ini sahaja cara kita menyambut Maulidur Rasul maka janganlah mengharapkan Syafaat dari Rasulullah.

Disamping kita memuji Rasulullah,bercerita tentang sejarah Rasulullah,mengadakan Ceramah,bacaan Yassin,majlis Selawat dan sebagainya mari kita nilai semula amalan kita adakah memadai cuma mengadakan majlis2/sambutan2 diatas tanpa kita memenuhi tuntutan Allah dan Rasulullah?Sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w perlu dihayati dan diteruskan oleh kita. Umat Islam harus sedar dari sikap "TAK AMBIK TAU"(dalam loghat penang) terhadap ancaman-ancaman yang dihadapi oleh negara kita pada masa kini. Antaranya dakyah pemurtadan, pengliberal akidah, penghalalan seks songsang-bebas, dasar sekular, menolak aturan dari Allah, Zina,Arak,Judi,Rompak,Ragut,Bunuh diri dan lain2.Ini berpunca daripada cara hidup kita sendiri yang mengasingkan Allah dan Rasul dari kehidupan seharian kita, kita lebih mementingkan "FULUS" daripada permasalahan yang melanda Umat Islam.


Jadilah seperti sahabat-sahabat Rasul s.a.w seperti Abu Bakar as Siddiq, Abu Ubaidah al Jarrah, Abu Hurairah, Abu Zhar Ghifari, Abu Dujanah dan Abu Usman yang sanggup berkorban demi Rasul tercinta. Setidak-tidaknya kita juga menghormati manusia mulia seperti Abu Talib walaupun kafir tetapi sentiasa melindungi Islam. Bukannya kaum kuffar harbi seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Rafi dan Abu Lukluah yang memusuhi Islam dengan pelbagai cara termasuk memperalatkan kaum munafik menentang Islam, dan sekarang banyak juga yang menolak Islam atas dasar KEPELBAGAIAN KAUM,sebenarnya mereka takut kepada kafir laknatullah yang tidak mahu seinci tanah dimuka bumi pun mengamalkan Hukum2 Allah!


Sesungguhnya Maulidur Rasul dengan lahirnya Muhammad bin Abdullah bukanlah satu kebetulan, tetapi ia adalah perancangan hebat daripada Allah Yang Maha Hebat. Ini kerana bayi yang bernama Muhammad ialah dari kedua-dua ibu bapa yang salih, kenapa tidak?


Allah SWT telah memilih ibunya Aminah dari seorang anak gadis yang suci bersih dari sebarang sifat negatif; ketika ramai di kalangan anak-anak gadis ketika itu terlibat dalam tindakan songsang umpama GRO pada hari ini. Begitulah ayahandanya Abdullah; seorang remaja lelaki yang tidak pernah walau sekalipun menyembah berhala, berjudi, minum arak, berfoya-foya. Ini menunjukkan bahawa pasangan Aminah dan Abdullah adalah pilihan Allah bagi mendapatkan zuriat yang salih.


Contoh teladan baik lagi positif yang ada pada diri baginda Rasulullah telah bermula sejak pemilihan perkahwinan kedua-dua ibu dan bapanya yang dirancang khusus oleh Allah SWT. Allah mahukan apa yang terbit dari diri baginda adalah contoh teladan yang baik lagi mulia.


Justeru, sambutan Maulidur Rasul perlu disambut dengan penyampaian kefahaman Sirah Nabi agar masyarakat dipandu ke arah kesempurnaan hidup. Dalam erti kata, apa yang mereka lakukan adalah berdasarkan kefahaman yang betul dan bukannya atas dasar ikut-ikutan. Sambutan Maulidur Rasul pada hari ini lebih sebagai amalan adat dan bukan ibadat.


Apabila peranan ini dapat dilaksanakan lebih dua atau tiga puluh tahun dahulu, maka generasi yang ada pada hari ini adalah generasi khaira ummah yang mampu melaksanakan segala hukum al-Quran dengan semangat sejarah kelahiran Rasulullah atau lebih tepat lagi dengan Maulidur Rasul.


p/s : Akhir kata jika mahu Islam ditegakkan mari bersama2 jemaah Islam, tinggalkan pertubuhan yang hanya tahu memperjuangkan BANGSA semata-mata, tinggalkan kumpulan2 yang mengasingkan agama dari kehidupan iaitu golongan SEKULAR, tinggalkan kehidupan kita yang dipenuhi MAKSIAT dan benda2 Melalaikan, mari bersama ikut Sunnah Rasulullah dan mengamalkan "Amar Makruf & Nahi Mungkar".


Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]


Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]


-ditulis,diedit,dicopy,-
KHAIRUL IQHMAL BIN AZIZ
(PEMUDA PAS MALAYSIA)