"Seseorang yang mengikuti hawa nafsunya, berarti menyerah kepada keinginan musuhnya"

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar.
(Khalifah ‘Umar)

Monday, July 25, 2011

Jadual Harian Seorang Muslim Di Bulan Ramadhan

4.00 pagi

Bangun Berdoa kepada ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.





4.20 pagi

Solat Sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa. Solat Sunat Tahajjud Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH. Solat Sunat Hajat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita. Solat Sunat Witir Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.




5.00 pagi

Makan Sahur Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.




5.28 pagi

Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.




7.00 pagi

Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.




10.00 pagi

Sembahyang Sunat Dhuha Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia. Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.




12.45 tgh

Bersiap untuk solat Zohor. Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.




4.15 ptg

Bersedia untuk solat Asar. Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.




5.30 ptg

Persediaan Malam Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!




6.30 ptg

Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima. Apabila masuk waktu magrib. Bacalah

doa dan berbuka : Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.




8.00 mlm

Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)




11.00 mlm

Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur...

Wednesday, July 13, 2011

Sudah tiba masanya Melayu bangkit Pejuangkan ISLAM!!


Assalamualaikum...

Saya kira sudah sampai masanya bangsa Melayu yang sedang tidur sekarang untuk bangun semula pertahankan Islam yang kian hari kian hancur, bangunkan semula Syariat2 Islam, Imarahkan masjid2 yang sunyi dari jemaah, ramaikan semula rumah2 Allah yang lebih banyak tiangnya daripada Jemaah2.. bangunkan semula institusi Islam, kita jadi LAYU disebabkan agenda Yahudi memusnahkan Islam sikit demi sedikit, Yahudi menghalang kebangkitan Islam, kita tidak boleh lena ikut rentak Yahudi...

Apakah Kemajuan Melayu kini?

Saudara2 semua berfikirlah sejenak, lupakan fahaman politik masing2, apakah kemajuan Melayu sekarang? Apakah keluar dimuka depan Akhbar2 Harian tentang melayu? Rogol,Bunuh,Rompak,Ragut,Bunuh Diri,BUANG BAYI,Zina,Arak,Judi,Maksiat, MURTAD!! Apakah ini semua menjadi kebanggaan kita semua? Perkara inilah yang Yahudi ingin lihat..mereka ingin lihat semua Umat Islam tidur dan leka.. bangunkanlah semula Islam, Melayu akan hancur jika membelakangkan Islam, Melayu akan hancur jika ikut acuan Yahudi... marilah kita bangunkan semula Islam yang ditinggalkan oleh Baginda Salallah A'laihi Wassallam ini, yang dulunya Digeruni musuh2 Islam.


Bersatulah tidak kira fahaman politik!!

Umat Islam kebanyakan dinegara ini terlampau agungkan agenda masing2,agungkan pemimpin masing2, sehingga ramai yang berpecah belah pertahankan fahaman masing2, Yahudi bersedia menunggu ketua mereka DAJJAL, kita masih berbalah sesama Muslim, adakah kita bersedia menyambut seruan Imam Mahdi untuk bersama2 tegakkan Islam? Adakah kita bersedia untuk berperang dengan Askar2 Dajjal?

Tegakkan Islam!!

Mari kita bangun dan tegakkan Islam, bangunkan semula Syariat2 Islam yang lama ditinggalkan, kembalikan kuasa Mahkamah Syariah sebagai Mahkamah yang berkuasa diMalaysia menggantikan Mahkamah Sivil yang dicipta golongan Yahudi untuk sekat kebangkitan Islam, bangunkan semula Hudud,Qisas dan Takzir!! laksanakan Amar Makruf dan Nahi Mungkar, penjenayah tidak takut untuk membuat jenayah kerana mereka boleh mengulangi jenayah mereka tanpa rasa gentar.. Allah janjikan Keamanan,Kemakmuran,Kesejahteraan kepada umat Islam yang sedia menegakkan Hukum2 Allah yang termaktub dalam AlQuran, Allah sendiri akan jadi penghadang kepada segala jenayah,kejahatan dan kemungkaran di bumi Malaysia asalkan kita melaksanakan Syariat Islam... adakah kita sanggup meninggalkan Syariat Islam dan melaksanakan Undang2 Ciptaan Yahudi laknatullah!! sedarlah Yahudi laknatullah telah banyak memusnahkan Islam, mereka sedang membunuh rakyat Palestin dan saudara2 kita yang jati diri mereka kuat berpegang teguh dengan Syariat Islam Yahudi tidak mampu untuk "melupuskan" pegangan kuat mereka, sedangkan kita begitu mudah ditewaskan diMalaysia.

Kita pula amat mudah dihancurkan kerana Yahudi musnahkan kita dengan senjata mereka yang lebih Ganas dan berkesan, iaitu HIBURAN yang melalaikan!!

Bersatulah semua, bersatulah atas jalan2 Allah, laksanakan Dasar2 Islam, lupakan agenda politik sempit yang berterusan mencipta PERMUSUHAN yang merugikan kita semua.. PAS,UMNO,PKR akan rugi jika terus bersengketa... marilah bersatu atas dasar Islam yang termaktub dalam AlQuran...

Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah

.Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” Surah Al Ma’idah : 44

“Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) di kalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu.” Surah al-Maidah : Ayat 49


“Dan sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu tanda-tanda yang terang dan nyata, hanya orang fasiq sahaja yang engkar dengan tanda-tanda yang terang itu.” Surah Al-Baqarah : Ayat 99


Wallahua'lam ,semoga Kalian semua mendapat keredhaan dari Allah, yang baik datangnya dari Allah, yang buruk dari saya sendiri.....semoga mendapat manfaat...Allahuakbar!!!



Ikhlas dari Sketeriat Pejuang Islam Semalaysia -Akhi Khairul-.....




Melayu LONGLAI akibat singkirkan JAWI!!

Dimana JAWI masa kini? Bangsanya, tulisannya dan kekuatannya semakin pudar.
inilah satu satunya akhbar jawi
Bangsa ini amat gah suatu masa dahulu sebelum nenasuki era penjajahan barat. Telah melalui satu zaman yang penuh keemasan, disegani oleh kawan dan lawan. Dicemburui pencapaiannya. Selepas dijajah, kekuatannya mula pudar dan mula meruntun ke arah kejatuhan. Walaupun begitu, semasa penjajahan kekuatan(jati diri) Melayu masih lagi wujud walaupun pada zahirnya kelihatan suram. Beberapa pusat pengajian berstatus “pondok” masih berupaya membangunkan ummah agar terus berpegang kukuh pada tali-tali Allah.

Kesinambungan dari institusi “pondok” inilah yang membangunkan beberapa istitusi pengajian Islam moden seperti Kolej Islam, Maktab-maktab bertaraf sekolah menengah dan Universiti-universiti Islam. Namun keadaan kekuatan dalaman insan Melayu ini amat jauh berkurangan jika dibandingkan dengan keupayaan para pelajar lepasan “pondok” tersebut. Kekuatan tasawwuf telah tercemar dengan teruknya.

Dari sini lahirlah bijak pandai Islam yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu terutama ilmu anutan barat. Kesungguhan dan fokus mereka telah berubah. Mereka kini telah dilatih mengikut acuan penjajah walaupun penjajah telah lama meninggalkan negara ini. Amat malang mereka tidak lagi memahami apa itu tasawwuf, apatah lagi mencapai intisari tasawwuf yang amat mulia dan suci tersebut. Akibatnya, kekuatan dalaman Islam telah menjadi “longlai” dan hilang serinya.







Ketika dijajah, penguasaan ilmu tahap tinggi masih menebal dan pengajian agama tidak dapat dihalang oleh penjajah. Walaupun telah cuba digugat dengan beberapa suntikan racun untuk melumpuhkannya, ia tidak begitu berjaya. Pihak penjajah seperti telah mengetahui bencana yang bakal mereka terima sekiranya usaha keras dilakukan untuk mengubah cara hidup masyarakat masa itu yang kuat berpegang kepada kehidupan bertasawwuf.


Orang Melayu akan bangkit bersama kekuatan yang luar biasa serta menggugat kekuasaan (penjajahan) mereka. Raja dan Sultan Melayu masih menjadi tunggak kekuatan Islam yang unggul. Rakyat akan bersatu dengan institusi kesultanan ini menghuru harakan kuasa penjajah. Sebab itu mereka (penjajah) hanya melakukannya secara sulit dan rahsia dalam usaha memusnahkan kekuatan Islam dari hati orang Melayu. Mereka sebenarnya cukup kecewa bila agama mereka, Kristian tidak mendapat tempat di hati orang Melayu. Agama ini tidak disanjung sebagaimana berlaku kepada bangsa-bangsa lain di dunia.


Usaha yang paling berjaya ialah dengan menyisihkan sumber pengetahuan Islam kepada bangsa ini. Kitab-kitab lama yang penuh rahsia dan hikmat akan terbiar reput di dalam almari kerana sudah tiada pembacanya. AlQuran juga akan semakin jauh dari sanubari orang Melayu.


Kitab Jawi Lama

Satu ketika dahulu orang Melayu amat senang dipanggil Bangsa Jawi selepas menganut Islam. Sebagai simbol kekuatan Islam, tulisan yang digunakan oleh orang Melayu pada masa itu hanyalah tulisan Jawi.


Penerimaan terhadap Islam oleh bangsa ini amat luar biasa dan sehingga kini menjadi satu polemik dan misteri kenapa berlakunya satu fenomena ajaib, 100 peratus orang Melayu menerima Islam dan menolak agama lain.


Setelah gelaran sebagai bangsa "JAWI" hilang, tinggallah hanya tulisan JAWI, kini tulisan ini juga perlahan-lahan dijumudkan atas usaha seorang yang kita nobatkan sebagai "pendita". Usaha yang mulanya dianggap sebagai memodenkan bahasa Melayu ini akhirnya memberi implikasi yang sungguh memeranjatkan. Jenerasi Melayu akhirnya menjadi buta Jawi dan tidak lagi mampu membaca dan menulis Jawi. Kitab lama yang bertulisan jawi klasik tentu sekali asing kepada masyarakat Melayu moden.
beras jawi - beras nasi
Melucukan juga pada masa ini "beras jawi" sudah tidak disebut lagi. Mungkin ada diantara kita yang tidak mengetahui apa itu "beras jawi".... tinggallah hanya perkataan “masuk jawi”. Itu pun dah semakin ditinggalkan. Mungkin juga perkataan "Melayu" juga akan menerima nasib yang sama? Diharap ia tidak akan berlaku.

Semasa merantau ke beberapa laman sahabat saya terhidu sesuatu yang agak menyentuh jiwa saya. Akhirnya saya membuat keputusan untuk menyiarkan beberapa petikan dari ulasan pembaca di salah satu blog kegemaran saya (nusanaga - dulu phenomenon) supaya kita sama-sama dapat mengambil iktibar dan suluhan terhadap saranan serta pandangan beliau yang saya kira amat menarik. Ada sedikit editing dibuat namun tidak lari dari maksud yang hendak disampaikan. Bagi saya ia merupakan satu nasihat yang tulus dari seorang yang benar-benar insaf terhadap keadaan Bangsa Melayu masa kini.


Mengenal "sejarah silam" itu adalah yang terbaik untuk meneroka jalan yang boleh membawa kita mengenal jatidiri, yang baik buatlah tauladan dan yang buruk buatlah sempadan.

Tiada gunanya kita memburukkan "sejarah silam" datuk nenek moyang kita, (walaupun mereka bukan beragama Islam seperti kita)umpama meludah ke langit.. akhirnya jatuh ke atas hidung sendiridan yang penting jangan terlalu beremosi.



Untuk orang Melayu pada zaman ini harus bangkit sebagai bangsa yang hebat dan agung seperti mana nenek-moyang mereka dahulu kala. Bangsa Melayu memerlukan kesedaran bahawa mereka mesti berilmu dengan yang 4 perkara iaitu, syariat, tarikat, hakikat, makrifat - mesti membawa sifat-sifat siddiq, amanah, tabligh. fathonah di dalam diri..


Harus menjadi seorang khalifah, mula-mula khalifah pada diri dan dapatlah dia mengawal dan memimpin emosi serta hawa nafsunya sendiri. Tidaklah berkelahi, berperang ikut sedap rasa, kemudian barulah dapat pula menjadi khalifah pada keluarganya dan seterusnya masyarakat.
Tentang siapa itu Iman Mahdi dan bila kemunculannya tak perlulah kita fikirkan lagi.


Buatlah persediaan diri dulu seperti yang saya katakan tadi. Sentiasa berada dalam Ahli Sunnah wal Jamaah - iaitu orang-orang yang mengikut sunnah nabi dan berpandukan al-Quran dan dalam keadaan berjemaah senantiasa

"Saya doakan siang dan malam akan kejayaan kamu wahai anak-anak Melayu.. insyaAllah suatu masa nanti kita akan bangun semula di persada dunia" - melur sari nasution

Banjaran Titiwangsa yang penuh rahsia
Saya menyedari bahawa Semenanjung Tanah Melayu ini menyimpan rahsia yang belum terungkap dibawah Klue-Klue yang disebuntukan oleh ahli-ahli Geologi. Hutan kita dikatakan sebagai hutan tropica tertua di dunia, Banjaran kita dikatakan terbentuk kira-kira 350 juta tahun dahulu, lebih tua dari Banjaran Endes, Himalaya, Alps dan sebagainya.

Dasar laut kita diadalah sebahagian dari Pentas Sunda (benua Sunda) dan kesemua kenyataan-kenyataan geologi ini sekadar mengingatkan kita kepada Lanskap Awal dan asal bumi yang kita diami ini sekarang. Pada saya keutamaan bagi diri saya adalah bukan untuk mengkaji kronologi-kronologi yang berlaku sehingga membentuk landskap yang kita lihat sekarang,tetapi lebih “Murad” kita mengambil info-info ini sebagai tanda kebesaran Allah s.w.t dan peringatan-peringatan yang telah ditinggalkan oleh RasulNya kepada kita sebagai penghuni dibawah langit ini.

Lebih Murad (maksud yang lebih luas), jika kita mengambil semua ini sebagai pelajaran untuk kita membesarkan Allah s.w.t, mendaki jalan kepada Mengenal sifa-sifat Allah untuk menyerah diri kepada hakikat kehambaan kita kepada Allah s.w.t..

Mengapa perlu kita mengkaji susur galur keberadaan kita di bumi Nusantara ini sehingga ke daerah kegelapan sebelum kedatangan Islam sedangkan keutamaan kita adalah mengisi Islam itu sendiri dari misi menyempurnakan salasilah yang telah terpadam.

Kita adalah umat baru, agama kita yang berusia 1400 tahun inilah yang perlu kita isi akan haq-haqnya kerana agama ini telah berusia lebih kurang 500 hingga 600 tahun disini.

Tugas kita adalah menyambung kebaradaan agama Allah pada diri kita, menelusuri jalan-jalan pejuang agama yang dahulu dan memakmurkan agama Allah ini sehingga kita dpt kembali kepada Sunnatullah. Inilah tuntutan yang utama dan lebih Haq.
bersukaria dan tiada matlamat hidup
Lihat sekeliling kita, lihat wajah-wajah pemuda pemudi kita dan persekitarannya, wajah yang kita lihat ini adalah kesan dari pengabaian kita terhadap peringatan yang telah Rasulullah sampaikan dahulu.

Wajah yang kita lihat hari ini adalah akibat dari kecuaian kita kerana Dajjal sudahpun masuk ke setiap rumah sehingga kita lebih utamakan perkara-perkara keduniaan, kefasikkan berleluasa(mungkin ada yang tidak kenal apa itu fasiq), kejahatan sudah tiada istirehat sehingga menunggu masa ia memenuhi muka bumi.

Inilah yang patut kita renungkan, supaya kita sedar bagaimana ianya boleh bermula dan bertindak menghentikan punca-punca boleh berlakunya kerosakan demi kerosakan ini kerana semuanya bermula dari pintu-pintu rumah setiap dari kita sendiri. Hisablah diri kita sendiri kerana generasi yang lepas itu semuanya sudah dilenyapkan oleh Allah dan kita perlu segara kembali kepada fitrah sebelum kita juga turut dibinasakan oleh Allah

Saturday, July 9, 2011

In Pictures: Protests suppressed in Malaysia - In Pictures - Al Jazeera English

More than 20,000 people demonstrated for electoral reforms across Kuala Lumpur, the Malaysian capital, on Saturday in a rare protest that was declared illegal by police. The protest was called for by opposition groups, including the Coalition for Free and Fair Elections, Bersih (Clean). Police fired tear-gas and water cannons at demonstrators and arrested more than 1,400 people, including top opposition leaders, according to protest organisers. The activists' demands include an overhaul of voter registration lists, tougher measures to curb fraud and fairer opportunities for opposition politicians to campaign in government-linked media. Malaysia's next general election is planned due in 2013.

1) With Kuala Lumpur under police lockdown since the morning, protesters tried to gather and seek refuge inside a railway station before being led outside by police where many were detained and put into police vans. [Saeed Khan/AFP]

2) Protesters display the yellow shirts of the Coalition for Free and Fair Elections, or Bersih (Clean}, during a rally calling for electoral reforms in Kuala Lumpur [Ahmad Yusni/EPA]

3) Riot police stand making a cordon in front of Malaysia's iconic twin towers before demonstrators gather [Saeed Khan/AFP]

4) A Bersih supporter shouts at police during clashes in downtown Kuala Lumpur [Shahir Omar/Reuters]

5) Police use a water cannon to spray Bersih supporters in downtown Kuala Lumpur [Samsul Said/Reuters]

6) A Bersih supporter throws a water bottle at a police water-cannon truck [Mohd Rasfan/AFP]

7) Police face off against thousands of Bersih supporters [Saeed Khan/AFP]

8) A Bersih supporter holds the Malaysian flag in front of a police water cannon [Damir Sagolj/Reuters])

9) Police in riot gear march under heavy rain toward protesters calling for electoral reforms [Saeed Khan/AFP

10) Police face off against thousands of protesters in a scene shrouded by tear gas [Saeed Khan/AFP]

11) A Bersih supporter is detained by police during protests in downtown Kuala Lumpur [Damir Sagolj/Reuters]

12) A Bersih supporter is detained by police during protests in downtown Kuala Lumpur [Saedd Khan/AFP]

13) Bersih supporters are detained by police during protests in downtown Kuala Lumpur [Damir Sagolj/Reuters]

14) Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim (C) is surrounded by supporters, one of whom is injured, after a protest in Kuala Lumpur calling for electoral reforms [AFP]

15) Bersih supporters chant slogans during a protest calling for electoral reforms in downtown Kuala Lumpur [Damir Sagolj/Reuters]

Friday, July 8, 2011

HUKUM DEMONSTRASI MENURUT ISLAM

Umat Islam di seluruh dunia sedang menyaksikan kebangkitan dan sudah mula menuntut kembali kekuasaan yang telah dirampas dari mereka oleh para penguasa zalim di Timur Tengah. Dari satu negara ke negara yang lain, kita telah mula melihat tembok ketakutan terhadap rejim zalim yang sekian lama berkuasa, menyeksa, memenjara dan menghalang aspirasi politik umat Islam, sudah mula dihancurkan. Beberapa orang penguasa telah jatuh dan yang lain sedang hidup di ambang kejatuhan atau ketakutan. Maka, di dalam usaha untuk mempertahankan sisa-sisa kekuasaan yang ada, seluruh kekuatan polis dan tentera dikerahkan oleh para penguasa zalim ini untuk membantai rakyat yang melakukan protes terhadapnya. Kini, senario yang hampir sama sudah boleh disaksikan di Malaysia.

Gabungan Pilihan raya Bersih Dan Adil (Bersih) sejak lebih sebulan lalu telah melancarkan usaha untuk menggerakkan rakyat Malaysia untuk mengadakan protes besar-besaran kepada kerajaan bagi menuntut pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan nanti agar berjalan dengan bersih dan adil. Bertemakan ‘Bersih 2.0’, usaha kumpulan yang diketuai oleh Datuk Ambiga Sreenevasan itu menuntut lapan perkara yang kesemuanya berkaitan pilihan raya dan bercadang menyerahkan memorandum tuntutan tersebut kepada Yang Dipertuan Agung semasa demonstrasi besar-besaran yang dirancang pada 9 Julai ini.

Demonstrasi ini nampaknya mendapat sambutan hangat dari parti-parti pembangkang dan beberapa NGO sehingga benar-benar membuatkan kerajaan UMNO-BN gelisah tidak menentu dan pihak polis pula menjadi ‘semakin ganas’. Belum pun perhimpunan Bersih 2.0 diadakan, sudah lebih seribu laporan polis dikatakan telah dibuat. Ambiga pula dilaporkan telah menerima ugutan bunuh manakala Pemuda UMNO dan kawan baik UMNO, Perkasa, telah pun mengadakan demonstrasi lebih awal untuk membantah Bersih 2.0. Namun sebagaimana kita sedia maklum, apa jua demonstrasi yang dibuat oleh UMNO, Perkasa dan kumpulan mana sekalipun yang merupakan penyokong kerajaan, semuanya selamat dari gangguan polis, malah kehadiran polis di tempat yang berkenaan adalah untuk menjaga dan melancarkan lagi perhimpunan. Pemuda UMNO dan Perkasa telah pun mengeluarkan kenyataan dan berikrar bahawa mereka akan mengerahkan penyokong-penyokong mereka bagi menghalang perhimpunan pada 9 Julai nanti walaupun akan berlaku pertembungan dan kekecohan.

Dalam masa yang sama, sudah berpuluh penyokong Bersih ditangkap oleh pihak polis di dalam kempen-kempen awal yang mereka jalankan dan dikaitkan dengan usaha menghidupkan semula fahaman komunis dan sebagainya. Premis-premis mereka diserbu dan digeledah serta polis telah bertindak melampau dengan menangkap tanpa sebab, sehinggakan sesiapa sahaja yang memakai baju Bersih ditangkap. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah pun mengisytiharkan ‘keharaman’ kemeja-T Bersih dan menegaskan bahawa polis akan mengambil tindakan ke atas orang ramai yang memakai baju tersebut kerana ia jelas ada hubung kait dengan perhimpunan haram tersebut [UM29/06/11].

Di antara isu utama yang timbul dalam perhimpunan Bersih 2.0 ini adalah isu ‘perhimpunan haram’. Pihak polis bersungguh-sungguh memberi amaran dan menekankan bahawa perhimpunan nanti adalah perhimpunan haram kerana tidak ada permit, yang sepatutnya dimohon di bawah Akta Polis 1967. Manakala di pihak penganjur dan penyokong Bersih pula, mereka berhujah berdasarkan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hak rakyat untuk berhimpun. Sekali lagi kita melihat bahawa kedua-dua pihak, walaupun majoritinya terdiri dari umat Islam, telah merujuk kepada undang-undang taghut untuk ‘mengesahkan’ atau ‘menghalalkan’ tindakan masing-masing. Sungguh menyedihkan apabila ulama dan gerakan Islam sekalipun tetap menyandarkan ‘kehalalan’ atau ‘keharaman’ perhimpunan ini berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, bukannya berdasarkan Al-Quran dan Sunnah yang sewajibnya menjadi nas untuk mengukur sesuatu perbuatan sama ada halal atau haram!

Hukum Demonstrasi

Secara amnya, kami telah pun menjelaskan hukum demonstrasi menurut Islam di dalam Sautun Nahdhah siri ke-71 (tahun 2006). Namun demikian, kami masih tetap berusaha untuk mengingatkan para pembaca sebagai saudara sesama Muslim dan menambah sedikit lagi perbincangan mengenainya. Adalah amat penting untuk kita fahami bahawa memuhasabah penguasa adalah satu kewajiban di dalam Islam, dan tanggungjawab ini terletak di bahu setiap Muslim tidak kira lelaki atau wanita serta di mana sekalipun mereka berada. Allah SWT telah mewajibkan kepada pemerintah untuk memerintah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dan umat Islam pula diwajibkan mentaati ulil amri (pemerintah) selama mana mereka masih berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah. Namun apabila mereka telah menyimpang dari keduanya, maka sabda Nabi SAW,

“Tidak ada ketaatan kepada makhluk di dalam (perkara) memaksiati Allah” [HR Ahmad].

Inilah yang difahami oleh para sahabat dan ini ditunjukkan kepada kita dengan ucapan Abu Bakar As-Siddiq ketika beliau memegang jawatan Khalifah, katanya,

“Bantulah aku sekiranya aku berada di jalan yang benar dan betulkanlah aku jika aku menyimpang....taatilah aku selama mana aku mentaati Allah dan RasulNya. Apabila aku mengengkari Allah dan RasulNya, maka engkari dan nasihatilah aku”.

Dari banyak nas dan teladan daripada Al-Quran, As-Sunnah serta Khulafa’ Rasyidun, kita dapat fahami bahawa apabila seseorang penguasa itu tidak berhukum dengan Al-Quran dan Sunnah, sebalikya berhukum dengan hukum taghut seperti dalam sistem demokrasi sekarang, maka dia tidak lagi perlu ditaati sebaliknya wajib diluruskan (dimuhasabah). Muhasabah kepada pemerintah boleh (malah wajib) dilakukan di dalam pelbagai bentuk yang dibenarkan oleh syarak dan tidak terbatas hanya kepada satu bentuk tertentu sahaja. Ia boleh dilakukan baik secara individu atau berkumpulan, secara lisan mahupun penulisan, baik di media cetak, media elektronik dan sebagainya. Demonstrasi adalah salah satu dari bentuk muhasabah yang dibenarkan dengan syarat tidak melakukan kerosakan di dalamnya. Dalil-dalil secara amnya membolehkan anggota masyarakat untuk berkumpul dan menyuarakan pendapat selama mana pendapat tersebut adalah diperbolehkan di dalam Islam.

Protes dan demonstrasi adalah merupakan salah satu cara untuk menyuarakan pendapat. Namun perlu difahami bahawa hukumnya adalah bergantung kepada sebab dan tujuan demonstrasi atau protes tersebut dilakukan. Oleh itu segala fakta tersebut mestilah dianalisakan sebelum sesuatu uslub (cara) untuk menyuarakan pendapat tersebut boleh dikategorikan sebagai halal atau haram. Contohnya, sekiranya umat Islam keluar berdemonstrasi untuk menjadikan riba sebagai suatu yang halal, maka demonstrasi atau protes tersebut adalah haram sebab tujuannya adalah untuk melaksanakan suatu yang haram. Begitu juga jika anggota masyarakat keluar berdemonstrasi untuk menghalalkan arak, judi atau berdemonstrasi untuk melaksanakan atau mempertahankan undang-undang taghut atau Perlembagaan taghut, maka kesemua bentuk demonstrasi ini adalah haram. Tetapi sekiranya masyarakat keluar untuk memuhasabah pemerintah yang zalim atau untuk menyuruh mereka menerapkan undang-undang Islam, maka demonstrasi seperti ini adalah diperbolehkan. Ia ‘halal’ untuk dilakukan, bukan kerana Perlembagaan membenarkan atau kerana mendapat permit polis, tetapi kerana nas (dalil) membenarkannya!

Satu lagi dalil umum yang membenarkan ‘tunjuk perasaan’ adalah perintah amar ma’ruf nahi munkar yang diwajibkan ke atas umat Islam. Sabda Rasulullah SAW,

“Jihad yang paling afdhal adalah menyuarakan yang haq di hadapan pemerintah yang zalim” [HR an-Nasa’i].

Hadis ini yang memerintahkan untuk melakukan aktiviti politik tanpa merincikan cara untuk menyuarakan kebenaran (hak) terhadap kezaliman pemerintah, menunjukkan bahawa segala cara yang tidak dibuktikan haram oleh syarak, maka ia diperbolehkan. Jadi, sama ada melalui surat, menyebarkan risalah, menerbitkan buku, menulis artikel di dalam media atau menegur secara terus kepada pemerintah adalah kesemuanya cara yang dibolehkan untuk mencapai tujuan tersebut. Hadis riwayat Bukhari yang berbunyi

“Sampaikan dariku walaupun satu ayat”

juga membawa maksud untuk menyampaikan kebenaran Islam kepada orang lain tanpa dirincikan kepada cara-cara tertentu. Oleh itu hadis-hadis ini sesungguhnya membolehkan kita untuk menyampaikan kebenaran (Islam) baik melalui cara perseorangan atau berkumpulan, baik di tempat khusus mahupun umum, baik di dalam kelas pengajian atau melalui internet dan sebagainya. Apa sahaja tindakan yang membawa kepada tujuan tersebut adalah diperbolehkan, selagi tiada dalil yang menunjukkan keharaman cara-cara tertentu yang diambil.

Di dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda,

“Penghulu para syuhada adalah Hamzah dan seorang yang berdiri di hadapan pemerintah yang zalim, menasihatinya lalu dia dibunuh oleh pemerintah tersebut” [HR al-Hakim].

Fakta bahawa ‘penguasa diperbetulkan di hadapan umum dan di tempat umum’ adalah merupakan sebab yang paling utama untuk orang yang memperbetulkan pemerintah tersebut, dibunuh (oleh pemimpin yang zalim), sesuai dengan ungkapan hadis di atas. Di zaman Saidina Umar Al-Khattab menjawat jawatan Khalifah, beliau berpidato,

“Sesiapa di antara kalian yang melihat pada diriku suatu penyelewengan, maka hendaklah kalian meluruskannya”. Mendengar hal ini, seorang Arab badwi dengan lantang menjerit,“Demi Allah wahai Umar! Jika kami dapati kamu melakukan penyelewengan, maka kami akan meluruskan kamu dengan pedang kami yang tajam!”

Apakah tindakan Umar tatkala mendengar kenyataan sekeras ini? Khalifah yang hebat ini menerima jawapan itu dengan pujian dan penuh rasa gembira, beliau menjawab,

“Alhamdulillah, pujian bagi Allah yang menjadikan dari kalangan umat Muhammad mereka yang sanggup meluruskan Umar dengan pedangnya”.

Demikianlah seorang pemimpin yang adil dan baik, yang menerima secara terbuka nasihat dari rakyatnya, bukan sebagaimana seorang pemimpin yang zalim, yang menangkap dan membunuh rakyat yang menasihatinya!

Syeikh Abdul Aziz Al-Badri di dalam kitabnya ‘menterjemahkan’ kata-kata Umar seperti berikut:

“Tidak terlaksana maksud ‘meluruskan’ dalam perkara yang membabitkan pemerintahan melainkan dengan cara mengkritik. Islam mewajibkan ke atas setiap pemerintah yang menguasai urusan kaum Muslimin agar mendengar dan berlapang dada terhadap sesiapa sahaja yang mengkritiknya, sebagaimana ia diperintahkan agar tunduk kepada kritikan ini selagi mana ia bertepatan dengan perundangan dan hukum-hukum Islam. Sekaligus Islam melarang sebarang bentuk seksaan yang boleh menyakiti dan ancaman terhadap mereka yang mengkritik dan membangkangnya, sekalipun menerima kritikan yang pedas ataupun dengan kata-kata yang keras dan tajam” [Abdul Aziz al-Badri, Al-Islam Baina al-Ulama’ Wa al-Hukkam].

Pasa satu ketika yang lain, Saidina Umar juga pernah ditegur di khalayak ramai di dalam satu majlis dengan dikatakan kepada beliau,

“Bertaqwalah engkau kepada Allah wahai Umar!’. Salah seorang yang hadir dalam majlis itu mencelah, ‘Berani engkau berkata demikian terhadap Amirul Mukminin!. Namun Saidina Umar menjawab dengan mutiara kata yang indah, ‘Tiada kebaikan bagi kamu (rakyat) jika kamu tidak menyatakannya dan tiada kebaikan bagi kami (pemerintah) jika kami tidak mendengarnya” [Manaqib Amir al-Muminiin, Ibnu Jawzi].

Terdapat banyak sekali nas yang membenarkan perhimpunan (muhasabah) dilakukan di tempat umum. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas yang mengatakan,

“Apabila ayat berikut diturunkan, ‘Dan berikan peringatan (wahai Muhammad) kepada kaummu dan ahli keluargamu” [TMQ asy-Syu’ara (26):214], Rasulullah SAW berdiri di atas bukit Safa dan memberikan peringatan, “Wahai Bani Fahr! Wahai Bani ‘Adi!”. Ramai orang telah berkumpul termasuk Abu Lahab, lalu Rasulullah (SAW) bersabda, “Apa pandangan kamu sekiranya aku memberitahumu bahawa terdapat pasukan berkuda di sebelah lembah ini yang datang untuk menyerang kamu, adakah kamu mempercayaiku?’ Mereka menjawab, ‘Ya, kami tidak pernah melihat engkau berdusta’. Baginda lalu bersabda, ‘Aku adalah pemberi peringatan kepada kamu tentang azab yang besar’. Abu Lahab kemudian berkata, ‘Binasalah kamu! Apakah kamu mengumpulkan kami semata-mata untuk mendengar ucapan ini?”.

Dalam redaksi Imam Muslim yang meriwayatkannya dari Abu Hurairah,

“Apabila ayat tersebut diturunkan, Rasulullah SAW telah memanggil kaum Quraisy dan mereka berkumpul lalu diberikan peringatan. Kemudian baginda SAW merujuk kepada kaum tertentu dan berkata, ‘Wahai Quraish, selamatkan diri kamu daripada api neraka; wahai kaum Bani Ka’ab, selamatkan diri kamu daripada api neraka; wahai Fatimah anak kepada Muhammad, selamatkanlah diri kamu daripada api neraka, sebab aku tidak berkuasa untuk menolong kamu daripada azab Allah kecuali yang mana aku memelihara hubungan denganmu”.

Apa yang jelas di sini adalah, apabila Rasulullah SAW menerima perintah untuk berdakwah kepada kaumnya, baginda telah pergi ke Bukit Safa sambil memanggil kaum Quraisy untuk mendengar peringatannya. Peristiwa ini menunjukkan kepada kita bahawa diperbolehkan untuk menyampaikan kebenaran di khalayak ramai dan di tempat umum. Perbuatan Rasulullah ini menjadi dalil kepada kita bahawa berhimpun di tempat umum adalah dibolehkan. Namun apa yang mesti perhatikan di sini adalah, ‘perkara’ yang wajib disampaikan itu hendaklah perkara yang sejajar dengan tuntutan Islam, bukannya sejajar dengan undang-undang kufur. Dengan kata lain, perkara yang ingin diperkatakan itu adalah perkara yang bertepatan dengan Al-Quran dan Sunnah, bukannya perkara yang bertepatan dengan Perlembagaan taghut atau undang-undang taghut atau ke arah untuk melaksanakan atau mengekalkan sistem taghut.

Sesungguhnya di zaman Rasulullah SAW telah pun berlaku satu bentuk ‘demonstrasi’ yang dilakukan oleh para sahabat. Mujahid, yang melaporkan dari Ibnu Abbas, mengatakan bahawa, ketika Umar al-Khattab ditanya kenapakah dirinya mendapat gelaran al-Faruq (yang dapat memisahkan antara kebenaran dengan kebatilan), Umar berkata,

“Sejak aku memeluk Islam, adakah kita berada di jalan yang benar, di sini dan di Akhirat?’ Rasulullah SAW menjawab, ‘Sememangnya engkau adalah dalam keadaan demikian! Aku bersumpah dengan nama Allah yang nyawaku di dalam genggamanNya, engkau adalah di atas jalan yang benar di dunia ini dan di Akhirat’. Aku bertanya kepada Rasulullah, “Jika demikian, kenapakah kita melakukan aktiviti yang tersembunyi, tidak di khalayak ramai? Aku bersumpah dengan nama Allah yang mengutusmu dengan kebenaran, kita akan meninggalkan aktiviti sembunyi dan kita akan melakukan dakwah terang-terangan di hadapan masyarakat umum’. Kami kemudian berarak dalam dua kumpulan, Hamzah mengetuai yang satu lagi. Kami bergerak ke masjid di siang harinya. Apabila kaum musyrik melihat kami berkumpulan, muka mereka menjadi resah gelisah, dan mereka berasa susah dan berdukacita. Sejak peristiwa tersebut, Rasulullah SAW memberikan gelaran al-Faruq kepadaku” [Rahiq al-Makhtum].

Oleh yang demikian, demonstrasi dan protes terhadap penguasa yang bertujuan agar mereka menerapkan Islam, meluruskan kezaliman mereka atau membongkarkan pengkhianatan mereka terhadap Islam atau persekongkolan mereka dengan kuffar, adalah diperbolehkan berdasarkan nas-nas yang umum dan juga khusus. Kebolehan tersebut adalah dengan syarat bahawa tidak ada hukum-hukum syarak lainnya dilanggar semasa melakukan demonstrasi seperti pemusnahan harta benda awam, slogan jahiliyyah atau pencampuran bebas lelaki dan wanita dan seumpamanya.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin saudara seIslam sekalian! Sukalah kami mengingatkan kalian bahawa walaupun demonstrasi aman (masirah) dibenarkan dalam Islam, namun lihatlah kepada perkara atau ‘tuntutan’ di dalam demonstrasi yang ingin kalian lakukan. Sekiranya tuntutan yang kalian ingin suarakan adalah bertepatan dengan Islam dan sesuai dengan kehendak Allah, maka silalah berbuat demikian, semoga Allah bersama kalian dan semoga Allah memakbulkan tuntutan kalian. Namun, jika apa yang kalian ingin suarakan di dalam demonstrasi adalah suatu yang bertentangan dengan Islam dan perintah Allah, maka jauhilah diri-diri kalian dari murka Allah dan nasihatilah saudara-saudara kalian yang lain agar tidak melakukan hal yang sama. Fikirkanlah dengan berlapang dada dan hati yang jernih serta penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah, adakah tuntutan untuk ‘membersihkan’ pilihan raya di bawah sistem demokrasi kufur ciptaan manusia ini, merupakan cara yang bertepatan dengan syarak di dalam usaha kita untuk merubah sistem taghut ini, kepada sistem Islam ciptaan Allah Azza Wa Jalla?

BIOGRAFI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

nikazizUlama Dan Tokoh Politik Tanahair Yang Komited

Tenang, warak, penyabar dan pemurah adalah merupakan ciri-ciri utama yang terkandung di dalam peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ke-5.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama dan tokoh politik tanahair yang tidak asing lagi sejak lebih tiga dekad yang lalu. Tidak syak lagi, beliau adalah satu-satunya tokoh politik yang paling komited dan paling gigih memperjuangkan Islam sebagai ad-Deen yang perlu ditegakkan di negara ini.

Alhamdulillah, berkat kesabaran, kegigihan dan komitmennya yang total di dalam perjuangannya itu, akhirnya fajar kejayaannya sudah mula menyinsing di ufuk kenyataan hidup. Kelantan sudahpun dapat ditawannya. Berikutnya beliau telah dipilih untuk mengetuai kabinet Kerajaan Islam di negeri ini.

“Semacam ada persafahaman antara para malaikat di langit dan para pengundi di bumi,” kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ketika mengulas kemenangan PAS dan Angkatan di dalam pilihanraya umum yang baru lalu.

Selaku Menteri Besar, Tuan Guru Haji Nik Aziz telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah yang baru sahaja jatuh ke tangannya itu. Pelbagai saranan dan pembaharuan yang membina telah diperkenalkannya.

Beliau memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan. Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.

Ketaralah, di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai bilangan mereka.

Ahli Parlimen Yang Komited

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Malangnya ucapan-ucapannya yang bernas dan panjang lebar itu telah tidak di beri liputan yang sewajarnya di dalam media massa – baik di dalam akhbar-akhbar utama mahupun di dalam media letronik seperti TV dan radio. Hal ini dapat difahami kerana hampir kesemua alat media massa yang penting di negara ini berada di bawah kawalan kerajaan Barisan Nasional.

Dikagumi Kawan Dan Lawan

Kemudian dalam pilihanraya umum yang berlangsung pada 21 Oktober lalu, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sekali lagi memenangi kerusi DUN Semut Api. Beliau mengalahkan calon BN, Haji Wan Muhammad Wan Yusof dengan mendapat kelebihan undi sebanyak 6,993. Suatu pencapaian yang paling tinggi sekali di kalangan para ADUN yang lain! Sekaligus membuktikan kewibawaan dan kepopularan beliau yang tidak boleh disangkal lagi!.

Selain dari menjadi Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz juga menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Beliau adalah satu-satunya tokoh ulama yang paling dihormati dan disegani , digeruni dan dikagumi baik oleh kawan mahupun oleh lawan.

Kini suasan politik di negeri Serambi Mekah ini kelihatan begitu tenang dan mantap. Rakyat merasa lebih bebas dan lebih selesa hidup di bawah pemerintahan Islam pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz. Mungkin juga berkat kepimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang selama ini memang terkenal sebagai seorang ulama yang warak dan kuat beribadat.

Latarbelakang Keluarga Dan Pendidikan
Dilahirkan di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu pada tahun 1931, Tuan Guru Haji Abdul Aziz telah mempelajari ilmu agama sejak alam kanak-kanak lagi. Mula-mula beliau belajar dengan ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat, juga seorang guru agama dan ulama yang terkenal di kampungnya pada masa itu.

Kemudian Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz melanjutkan pula pengajian agamanya di pondok Tuan Guru Haji Abbas di Jertih, Terengganu. Selepas beberapa tahun mendalami ilmu agama dengan Tuan Guru Haji Abbas, beliau berangkat ke India untuk melanjutkan pengajiannya di sana pula.

Setelah tamat pengajiannya di India, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz berangkat pula ke Mesir. Di Mesir beliau memasuki Universiti Al-Azhar di dalam jurusan bahasa Arab. Setelah memperolehi ijazah Sarjana Muda di dalam Pengajian Arab, Tuan Guru Haji Nik Aziz meneruskan lagi pengajiannya di universiti yang sama di dalam jurusan perundangan Islam. Beliau lulus pengajiannya sehingga ke peringkat sarjana iaitu M.A. di bidang perundangan Islam.

Pulang Ke Tanahair
Setelah dadanya diisi dengan ilmu agama secara mendalam, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz kembali semula ke tanahair. Di tanahair beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang guru agama di sebuah sekolah agama rakyat di samping mengajar agama di kelas-kelas dewasa pada sebelah malamnya. Beberapa tahun kemudian beliau mengajar pula di Sekolah Arab Maahad Muhammadi Kota Bharu – sebuah sekolah menengah agama aliran Arab yang tertua dan terbesar di negeri Kelantan.

Dalam masa yang sama, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menceburkan dirinya di dalam kegiatan-kegiatan dakwah. Beliau menyampaikan ceramah-ceramah agama di pelbagai tempat khususnya di Masjid Kampung Pulau Melaka – kampung tempat beliau dilahir dan dibesarkan!.

Dari semasa ke semasa namanya semakin terkenal. Murid-muridnya semakin bertambah ramai. Imejnya sebagai seorang tokoh ulama yang disegani dan dikagumi ramai semakin menonjol. Pengaruhnya semakin meluas. Kewibawaaannya semakin mendapat pengiktirafan umum.

Ceburi Bidang Politik
Oleh kerana agama dan politik itu saling kait mengait dan tidak boleh dipisahkan, maka Tuan Guru akhirnya telah menceburkan dirinya di dalam kegiatan politik tanahair. Beliau memilih PAS oleh kerana parti itu memperjuangkan Islam dan bercita-cita untuk menegakkan sebuah pemerintahan Islam di negara ini.

Pembabitan beliau di dalam politik tanahair melalui PAS tidaklah pula sampai beliau mengabaikan penglibatannya di bidang dakwah dan pendidikan agama.

Mulai tahun 1967 Tuan Guru Haji Nik Abdul Azizl mula menyertai PAS. Dalam tahun yang sama beliau telah dipilih untuk bertanding dalam suatu pilihanraya kecil di Kelantan. Beliau menang di dalam pilihanraya kecil itu.

Sejak itu hampir setiap kali pilihanraya, beliau sentiasa memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Malah Pengkalan Chepa telah muncul sebagai kubu PAS dan sejak dahulu hingga sekarang kerusi Parlimen Pengkalan Chepa tidak pernah dapat ditawan oleh UMNO atau BN.

Mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat
Memandang kepada ketokohan dan kewibawaannya sebagai seorang ulama, beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PAS untuk mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat mulai akhir tahun 1960an.

Selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sering mengingatkan ahli-ahli PAS dan umat Islam di negara ini agar mematuhi kesemua ajaran Rasulullah SAW. Bukannya mengambil bahagian-bahagian tertentu dan membuang bahagian-bahagian yang lain yang dirasa bercanggah dengan kepentingan peribadi.

Alam Rumahtangga
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah mendirikan rumahtangga dengan Hajjah Tuan Sabariah binti Tuan Ishak kira-kira 30 tahun yang lalu. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak – 5 lelaki dan 5 perempuan. Salah seorang (yang sulung) daripada mereka – Noor Aini namanya – kini bertugas sebagai seorang pensyarah di sebuah Maktab Perguruan di Kuala Lumpur.

Kerajaan Misali
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak – dalam dan luar negeri – Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah – di Dewan Zulkifli Muhammad inilah – ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang mereka kasihi dan hormati itu.

Dengan kesungguhan, keberanian dan komitmen yang total, kita yakin kerajaan Angkatan di negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berjaya menegakkan sebuah kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah ini. Dan kerajaan Islam Serambi Mekah ini, insya Allah akan menjadi sebuah kerajaan Misali yang akan menjadi panduan dan rujukan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain di negara ini khasnya dan kepada kerajaan-kerajaan Islam di luar dari negara ini amnya.