"Seseorang yang mengikuti hawa nafsunya, berarti menyerah kepada keinginan musuhnya"

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar.
(Khalifah ‘Umar)

Friday, October 7, 2011

Nota Mudah Memahami Hudud (siri 1)

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله الحَكَمُ الْعَدْلُ اللطيف الخبير له ملك السموات و الأرض و هو على كل شئ قدير و الحمد لله الذي فضل العلماء بإقامة الحُجَجِ الدينية و معرفة الأحكام و الصلاة و السلام على رسول الله أرسله الله بشيرا و نذيرا بين يدي الساعة فأدى الأمانة و بلغ الرسالة و نصح الأمة و جاهد في الله حق جهاده و على أصحابه إمامِ كلِّ إمامٍ و من تبعه و نصره و والاه



Muqaddimah.

1. Hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam al quranil karim. Justeru sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt.



Ingatlah penegasan wahyu Allah swt kepada kita semua melalui surah al Ahzab ayat ke 36 :

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا

maksudnya :

"dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata."



2. Hudud bukan sekadar hukum Allah swt yang telah ditetapkan secara tekstual di dalam al Quran dan kemudiannya dibuku dan dibekukan, tetapi ia suatu ketetapan yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan ummat manusia sebagai proses keadilan untuk mengurus dan mengatur kehidupan ummah dari Tuhan pencipta manusia. Lihat ketetapan Allah swt di dalam surah al Maaidah, ayat 49 :

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

maksudnya :

"dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."



3. Hudud adalah ketetapan syara' yang tidak boleh dipinda atau diubahsuai apalagi dibuang atau diketepikan. Tiada siapa yang memiliki authoriti untuk meminda ketetapan Allah swt hatta Rasul saw sekalipun. Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah, ayat 229.

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

maksudnya :

"demikianlah batasan hukum Allah swt maka janganlah kamu melampauinya dan barangsiapa melanggar sempadan hukum Allah swt maka mereka adalah orang - orang yg zalim"



4. Hudud adalah hukum yang berteraskan kepada prinsip keadilan dan hikmah yang sangat besar buat kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Mencerca, menghina dan memperlekehkan hukum Allah ini seperti mengatakan hukum Hudud tidak adil, kejam, primitif, ketinggalan zaman, tidak sesuai di zaman moden, mencetus huru hara dan sebagainya adalah perbuatan yang boleh menggugurkan iman seseorang justeru ia telah memperkecil dan mendustakan Allah swt. Allah tegaskan akibat perbuatan mereka di dalam surah an Nisa' ayat 56.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."



Insafi juga penegasan Allah swt di dalam surah al A'araf ayat 40 - 41.

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah dan ketetapan) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga lah unta masuk di dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan jenayah."



5. Hudud memberi keadilan dan mengembalikan kehidupan yang sejahtera dan aman. Tidak perlu takut dan cuak kepada hukum Hudud ini kecuali satu golongan sahaja iaitu penjenayah justeru hukum Hudud adalah hukum yang dijatuhkan keatas penjenayah yang telah sabit kes. Non muslim juga tidak perlu takut dan bimbang terhadap hukum Hudud. Mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum Hudud jika mereka tidak mahu berhukum dengan hukuman Hudud bahkan mereka kekal di bawah perlaksanaan hukum sedia ada. Firman Allah swt. di dalam surah al Maaidah ayat 42 :

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

di"copy" dari http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-pemuda-pas/5836-nota-mudah-memahami-hukum-hudud-siri-1

Sunday, October 2, 2011

Tuan Guru Nik Aziz, Peribadi Ulama' Sebenar

Faktor utama kejayaan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam bidang pelajaran dan pohtik adalah kerana didikan daripada almarhum ayahandanya yang terkenal sebagai seorang ulama yang bersikap tegas dan keras terhadap pendidikan anak-anaknya.

Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat bin Raja Banjar, ayahanda kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ini, ialah seorang ulama yang terkenal pada zamannya dan almarhum juga dikenali sebagai Haji Nik Mat Alim.

Ayahanda kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ini juga dikenali dengan gelaran 'Haji Nik Mat Pongoh' di kalangan penduduk sekitar Kedai Lalat dan Pulau Melaka.

Gelaran 'Pongoh' itu diberi kerana almarhum dikatakan bersikap keras dan bengis terhadap anak-anak dan murid-muridnya. Almarhum ialah seorang ulama yang mengambil perhatian yang berat terhadap pelajaran anak-anaknya.

Menerusi pondok Pulau Melaka yang diasaskannya itu, almarhum telah mendidik anak-anaknya bersama-sama dengan ratusan pelajar lain yang datang dari seluruh ceruk rantau Asia Tenggara.

Di Pondok Pulau Melaka inilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz mendapat didikan awal daripada almarhum ayahandanya bersama-sama dengan pelajar-pelajar lain.

Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat tidak dapat bertolak ansur dengan anak-anaknya tentang pelajaran dan pakalan. Anak-anaknya diperintahkan supaya memakai kain pelikat, baju Melayu, memakai songkok atau kopiah putih. Dan anak-anaknya dilarang keras berambut panjang.

Perintah-perintah ini bukan sahaja ditujukan kepada anak-anaknya tetapi juga kepada semua muridnya di pondok itu.

Menurut anaknya, Nik Din (adik kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz), almarhum ayahandanya telah mewajibkan anak-anaknya bangun pada jam 4.00 pagi setiap hari untuk membaca dan menghafaz Al-Quran.

"Selepas menunatkan solat fardhu Subuh, kami diperintahkan supaya mengulangkaji dan menghafaz nahu-saraf bahasa Arab.

"Pada sebelah petang, selepas sembahyang Asar, kami diwajibkan mempelajari ilmu tajwid dan membaca Al-Quran.

"Dan selepas sembahyang Maghrib, kami ikuti pelajaran Hadith dan tafsir Al-Quran.

'Kalau ada antara kami yang terlewat bangun dari waktu yang telah ditetapkan, kami akan dihukum, dan paling kurang, kami akan dijiruskan dengan air sebelum waktu Subuh," kata Nik Din.

Nik Din selanjutnya menerangkan bahawa disiplin pada zaman abang-abang (zaman Nik Aziz) dan kakak-kakaknya adalah lebih keras dibandingkan dengan disiplin yang dikenakan terhadap adik-adiknya.

Beliau juga menceritakan bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dan adik-adiknya pernah dipukul kerana tidak menghafaz pelajaran sebagaimana yang diperintahkan.

Begitulah kerasnya disiplin Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat terhadap anak-anaknya dalam soal pelajaran dan soal-soal yang ada hubungkaitnya dengan ajaran agama Islam.

Di samping mengenakan disiplin yang ketat kepada anak-anaknya dalam soal pelajaran, Allahyarham juga menggalakkan anak-anaknya supaya menceburkan diri dalam bidang pertanian. Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat sangat berminat dalam bidang pertanian dan anak-anaknya telah dikerahkan supaya membantunya dalam bidang pertanian.

Untuk menggalakkan anak-anaknya supaya membantunya bertani Allahyarham telah membayar upah lima puluh sen kepada tiap-tiap seorang anaknya yang berjaya menggali satu lubang untuk menanam sebatang pokok rambutan.

Selain daripada mengajar dan berdakwah, Allahyarham menghabiskan masa lapangnya dengan menanam pokok rambutan, durlan, nenas, pisang dan tanaman-tanaman lain di sekeliling pondoknya di Pulau Melaka itu. Allahyarham juga dikatakan pernah berkebun secara lebih serius di luar kawasan Pulau Melaka.

Oleh kerana Allahyarham begitu berminat sekali dalam bidang pelajaran agama dan pertanian, maka antara syarat untuk memilih bakal menantunya juga diutamakan kepada mereka yang mendapat didikan agama dan sanggup menjadi petani sepenuh masa. Oleh sebab itulah, Allahyarham Haji Nik Amat, iaitu suami kepada Nik Zainab (kakak kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz) telah menjadi menantunya yang pertama.

Allahyarham Haji Nik Amat merupakan seorang ulama dan seorang petani yang gigih telah membuka pondok dan berkebun di Batu Balai, Jerantut, Pahang. Beliau memang berjaya dalam kedua-dua bidang ini.

Ekoran daripada perpindahan Nik Zainab mengikuti suaminya itu maka beberapa orang adiknya yang terdiri daripada Haji Nik Abdullah, Nik Wajih dan Hajah Aishah bersama-sama suaminya turut berpindah ke Batu Balai, Jerantut.

Kesemua anak dan menantu Allahyarham Haji Nik Mat Alim yang berada di daerah Jerantut ltu masing-masing telah memiliki kebun getah dan kebun durian. Mereka boleh dianggap sebagai pekebun yang berjaya.

Walaupun anak-anak dan menantu Tuan Guru Haji Nik Mat itu berhijrah ke Pahang sebagai pekebun, tetapi mereka telah dilengkapi dan dibekali dengan ilmu dan pengetahuan agama yang membolehkan juga mereka menjadi pendakwah.

Inilah keistimewaan anak-anak dan menantu Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat yang telah memberikan didikan yang berkesan di Pondok Pulau Melaka sebelum berhijrah atau berpindah ke kawasan lain.

Hasil daripada sikap tegas terhadap anak-anaknya itu, maka semua anaknya patuh kepada perintah Tuhan, dan tidak melakukan amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam yang maha suci, taat kepada ibu bapa dan berjaya dalam lapangan hidup yang mereka ceburi.

Walaupun anak-anak perempuannya hanya setakat menjadi suri rumah tangga sahaja, tetapi mereka mampu untuk menjadi pendakwah atau guru agama kerana mereka telah mendapat didikan dan latihan daripada orang tua mereka, Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat bin Raja Banjar.

Anak perempuannya yang sulung, Nik Zainab binti Haji Nik Mat, turut belajar bersama-sama suaminya dengan Allahyarham Tok Khurasan di Kampung Sirih, Kota Baharu dalam zaman pemerintahan Jepun dahulu.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dan almarhum ayahandanya adalah antara murid-murid Tok Khurasan pada waktu itu. Encik Taib, anak Tok Khurasan, menceritakan bahawa tidak ramai murid ayahnya sedar tentang kehadiran seorang perempuan berguru kepada ayahnya pada waktu itu kerana kehadirannya secara tertutup dan rahsia.

"Keluarga saya sendiri pada mulanya tidak menyedari adanya anak perempuan Haji Nik Mat bersama-sama suami dan adiknya (Haji Nik Abdul Aziz) mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh Allahyarham Tok Khurasan. Ada tabir melindungi keluarga Haji Nik Mat di madrasah itu,' jelas Encik Taib lagi.

Kisah ini sengaja dipaparkan untuk membuktikan bahawa Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat Alim itu seorang ulama dan seorang bapa yang mementingkan pelajaran anak-anaknya sehinggakan anak perempuan sulungnya juga ikut belajar bersama-samanya dengan Tok Khurasan dalam zaman pemerintahan Jepun dahulu.

Tidak ramai anak perempuan atau golongan muslimat yang turut menadah kitab untuk belajar secara sepenuh masa dalam tahun-tahun 1940an dahulu. Tetapi Tuan Guru Haji Nik Mat sudah memandang betapa pentingnya pelajaran untuk anak-anaknya walaupun anak perempuan.

Menurut beberapa orang tua yang rapat dengan keluarga Tuan Guru Haji Nik Mat di Kedai Lalat, disiplin yang ketat dan kawalan yang keras ke atas anak-anaknya itu bukan sahaja telah memberi kesan yang positif kepada kehidupan anak-anaknya, malah telah memberi manfaat kepada anak-anak muridnya iaitu mereka yang seangkatan dengan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.

Seorang daripada anggota keluarganya, Haji Nik Ali bin Raja Ismail, yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Ayah Li’ memberitahu saya bahawa hampir semua bekas muridnya telah berjaya menghadapi cabaran hidup kerana berkat daripada asuhan dan latihan yang keras daripada Allahyarham Tuan Guru Haj i Nik Mat.

AllahyarhamTuan Guru Haji Mat mempunyai 27 orang anak daripada empat orang isteri. Sembilan daripadanya telah meninggal dunia dan yang masih hidup seramai 18 orang. Antara yang masih hidup itu ialah sepuluh lelaki dan lapan orang perempuan.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ialah anak yang kedua daripada isterinya yang pertama, Cik Aminah binti Majid. Anak-anaknya daripada isteri yang pertama adalah seperti yang berikut:


Nik Zainab - ikut suami, Allahyarham Haji NikAmat, membuka tanah berkebun dan membuka sekolah pondok di Batu Balat, Jerantut, Pahang.
NikAbdulAziz
Nik Khadijah
Nik Azizah - suri rumah, sekarang menetap di Ayer Lanas.
Nik Rozi, lulusan Universitt Al-Azhar, sekarang pensyarah di Institut Teknologi MARA, Shah Alam.
Nik Hassan - meninggal dunia ketika berusia 18 tahun.
NikAbdul Rahman - meninggal dunia ketika berumur 7-8 tahun.
Nik Anuar - meninggal dunia ketika masih menyusu.
Daripada isteri yang kedua, Hajjah Kalthum binti Awang, Allahyarham mendapat seorang anak lelaki yang bernama Nik Hussin, bekas tentera berpangkat Pegawai Waran bahagian perubatan di Kem Terendak, Melaka.
Daripada isteri yang ketiga. Tengku Mariam, Allahyarham mendapat tujuh orang anak:


Haji Nik Abdullah - pekebun di Batu Balai, Jerantut.
Nik Wajih - membuka tanah kebun di Batu Balai, Jerantut.
Hajah Nik Aishah - ikut suami membuka tanah dan berkebun di Batu Balai, Jerantut.
Nik Nordin (Nik Din) - lulus SPM dan 4 Thanawi, bertugas di Syarikat Telekom Malaysia.
Hajjah Nik Aminah - Lulus 4 Thanawi.
Nik Muhammad Nasim - bertugas di Pejabat Pemegang Harta di Kota Baharu.
Dan anak-anak daripada isteri yang keempat, RajaTijah binti Raja Mamat:

Nik Zubaidah - suri rumah.
Nik Mariam - suri rumah.
Nik Daud - seorang peniaga di Kuantan, Pahang.
Nik Rosnah - suri rumah.
Nik Muhammad Ajun - masih belajar di Universiti Al-Azhar
Kalau diperhatikan daripada kelulusan anak-anaknya dan pekerjaan yang diceburi oleh mereka jelaslah bahawa hasratnya untuk melihat anak-anaknya berjaya dalam bidang pelajaran dan pertanian telah dimakbulkan oleh Allah yang Maha Kaya.
Faktor utama kej ayaan anak-anaknya itu adalah kerana mereka patuh dan tunduk kepada garis-garis panduan yang diberi oleh ayahanda mereka.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sendiri mengakui bahawa kejayaannya sekarang ini adalah kerana berkat daripada asuhan dan didikan almarhum ayahandanya.

"Lebih daripada separuh kejayaan saya di bidang pendidikan dan politik harus diberi kepada almarhum ayahanda saya hasil daripada didikannya yang begitu terasa kekesanannya," ujar Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.

Disiplin yang ketat yang dikenakan ke atasnya telah menjadikan beliau sebagai seorang anak yang paling taat kepada kedua ibu-bapanya, dan sekaligus menjadikan beliau seorang hamba Allah yang patuh kepada ajaran agama Islam yang maha suci.

Satu hakikat yang harus diakui ialah sifat wara’ dan merendah diri yang dimiliki oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sekarang adalah kesan daripada ajaran, didikan dan disiplin yang dikenakan ke atasnya oleh almarhum ayahandanya ketika masih dalam alam kanak-kanak hinggalah ke alam dewasa.

Dalam erti kata lain, almarhum ayahandanyalah yang telah membentuk peribadinya untuk menjadi seorang abid yang berdisiplin, patuh kepada perintah Allah dan beristiqamah dalam perjuangan untuk menegakkan hukum Allah di negara ini.

Saturday, September 24, 2011

Mari Kenali Imam Shafie

BIODATA IMAM SHAFIE

Nama penuh: Abu Abdullah Muhammad ibn Idris ibn Abas ibn Usman ibn Syafi' ibn 'Ubaid ibn Abdu Yazid ibn Hashim ibn Mutolib ibn Abdu Manaf.

Nasab keturunan dengan Nabi Muhammad S.A.W: melalui datuk baginda Abdu Manaf dan melalui nasab ibu kepada Imam Syafie, Fatimah binti Abdullah ibn Hasan ibn Hussin ibn Ali ibn Abi Talib. Hubungan nasab ini diakui jumhur ulamak.

Lahir: Tahun 150 H di Ghazzah, Palestin.

Kehidupan: Beliau membesar di dalam keluarga yang fakir di Palestin. Bapanya meninggal ketika Imam Syafie kecil lagi. Ketika berumur 2 tahun ibunya telah membawa ke Kota Makkah untuk berjumpa dengan saudara mara beliau dari keturunan yang dihormati.

Ketika Imam Syafie berumur 7 tahun, beliau telah pun menghafaz Al Quran dan selepas itu beliau menghafaz pula hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Imam Syafie juga menguasai ilmu bahasa Arab fushah. Di usia mudanya, beliau menuntut ilmu dari ramai fuqaha' di Makkah sehinggakan beliau diminta untuk memberi pandangan dalam menyelesaikan masalah agama.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah di ceritakan bahawa setiap malam beliau membaHAgi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Imam Syafie kerap berhijrah ke luar negara untuk mengutip mutiara ilmu dari ramai ulamak yang tersohor pada masa itu. Beliau pergi ke Madinah Al Munawwarah untuk berjumpa dengan Imam Malik dan tinggal bersamanya sehingga ke penghujung hayat Imam Malik. Imam Malik meninggal dunia pada tahun 179 H.

Setelah itu Imam Syafie menyibukkan diri dengan ilmu agama dan beliau bertugas di Yaman. Ketika beliau di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Oleh kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.

Imam Syafie masuk ke Baghdad sebanyak 3 kali. Kali pertama pada tahun 183 H ataupun sebelum Khilafah Harun Ar Rashid. kali kedua pada tahun 195 H dan tinggal di Baghdad selama 2 tahun. Kali ketiga pada tahun 198 H.

Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu Khalifah Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, kerana golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Justru, di mana sahaja kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Satu kali datang surat khalifah dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya. Jika urusan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap kerana di dalam surat tersebut dinyatakan bahawa beliau termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan seorang demi seorang masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa soalan, mereka dibunuh dengan dipenggal leher tahanan tersebut. Agar darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berselerak ia dialas dengan kulit binatang.

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, memohon dari Allah SWT. Beliau dipanggil ke hadapan khalifah. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap khalifah. Semua para pembesar memerhatikan beliau.

“Assalamualaika, ya Amir al-Mukminin wabarakatuh.”
Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”

“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”

Imam Syafie menjawab: “Saya tidak mengucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat di atas, Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang Tuanku telah menjadi khalifah, jawapan salam Tuanku tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”

“Saya tidak dapat menjawab pertanyaan Tuanku dengan baik bila saya masih dirantai begini. Jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.

Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah al-Hujarat ayat 6:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada Tuanku itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan Tuankulah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana Tuanku adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.

Baginda Harun ar Rasyid menundukkan kepalanya. Ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Beliau menjadi masyhur di kalangan umat Islam pada ketika itu. Setelah itu beliau berhijrah ke Mesir. Imam Syafie keluar masuk Mesir terlalu kerap sehinggakan tidak diketahui berapa kali.
Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI iaitu: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT iaitu: mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR iaitu : membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) iaitu : menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) iaitu : membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) iaitu : menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) iaitu : redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W iaitu : berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT iaitu : mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Sehingga pada tahun 199 H Imam Syafie masuk semula ke Mesir dan meninggal dunia di Mesir pada malam Jumaat yang penuh barakah. Beliau dikebumikan selepas Asar pada hari Jumaat bertarikh 29 Rejab 204 H bersamaan 19 Januari 820 M.

Sunday, September 18, 2011

Ciri-Ciri Ajaran Sesat

Ciri Ciri Ajaran Sesat
Dalam ajaran / Aqidah Theosophy, Tasauf, Occultism (Ilmu Ghaib), Syiah Ismailiah dan Batiniah.

Jika ada didalam sesuatu ajaran itu seperti dibawah ini, ia adalah diwartakan sebagai Ajaran Sesat. :-

1) Guru atau pengikut membuat pengakuan menerima wahyu.
2) Guru membuat pengakuan memegang kkunci pintu syurga.
3) Mengaku bahawa gurunya sebagai nabi atau malaikat.
4) Mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad orang hidup.
5) Amalan seperti zikir boleh menangguhkan kiamat.
6) Pengikut tarekat mereka sahaj dijamin masuk syurga.
7) Mempunyai bahawa guru mereka boleh menebus dosa dengan wang.
8) Mempercayai bahawa semua agama adalah sama.
9) Mempercayai ada lagi nabi selepas nabi Muhammad.
10) Penyerahan rohani / jasmani kepada guru melalui nikad batin.
11) Meminta pertolongan daripada orang yang telah mati.
12) Mempercayai bahawa dirinya atau pengikutnya sahaja yang layak mendapat ma'unah (pertolongan) Allah.
13) Mengaku Allah menjelma dalam dirinya.
14) Mendakwa bahawa dirinya sebagai wakil nabi, boleh memberi sysfaat kepada muridnya.
15) Mendakwa bahawa wahyu turun selepas wafatnya Nabi Muhammad.
16) Mendakwa bahawa ajaran tarekatnya diterima terus dari Rasullullah secara jaga.
17) Mempercayai bahawa orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.
18) Mempercayai bahawa orang tertentu tidak mati dan akan lahir semula sebagai Imam Mahdi.
19) Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung terus dengan allah melalui Nur Muhammad
yang ada dalam dirinya.
20) Boleh memanggil roh orang mati dlam amalan menurun oleh bomoh atau tukang sihir.
21) Memansuhkan Syariah islam dan mengadakan syariat baru.
22) Meninggalkan sembahyang Jumaat keraan mengamalkan suluk.
23) amalan haji tidak semestinya di mekah, di tempat lain juga boleh.
24) Huruf huruf dalam kalimah hanyalah lambang.
25) Mempercayai bahawa bacaan2 seorang guru ke atas sesuatu benda seperti batu, gunung dan lain2 boleh
memberikan kesan baik atau buruk.
26) Mengagung agungkan keturunan Yahudi sebagai kaum baik dan perlu dicontohi.
27) Mengaku diri sebagai Nabi Isa.
28) Mengaku diri sebagai Imam Mahdi.
29) mendakwa menjadi wali sedangkan dirinya bergelumang dalam maksiat.
30) Mengaku tahu perkara2 ghaib dan menilik nasib sesaorang.
31) Mengaku dirinya atau gurunya maksum
32) Menghalalkan nikah adik beradik
33) Mematuhi dengan buta tuli ajaran gurunya walaupun gurunya itu melakukan kesalahan an dosa.
34) Setiap murid dikehendaki menyerahkan diri, anak, isteri dan harta benda kepada gurunya.
35) Guru mendakwa bahawa tugas tugas Rasul diamanat kepadanya.
36) Islam sesaorang itu tidak sah jika tidak diislamkan oleh gurunya.
37) Semua manusia boleh melihat Allah di dunia ini.
38) Mendakwa melalui tarekatnya Allah menurunkan Nur (cahaya) di dalam badan Nabi adam turun menurun di
-- - dalam badan semua Nabi nabi dan seterusnya ke dalam badan Imam imam (Syiah) dan guru guru hinga kiamat.
39) Sebelum naik haji ke Mekah hendaklah bersuluk di panca Budi Medan atau di Medan sahaja.
40) Syeikh atau gurunya mendakwa mempunyai mukjizat.
41) Mendakwa dirinya sebagai penjelmaan sahabat sahabat nabi s.a.w.
42) Bersemadi di tempat tempat gelap memusatkan fikiran kepada satu satu hajat.
43) Jika ada kemusykilan dalam satu satu ajaran, murid dilarang berbincang sesama sendiri tetapi hendaklah dirujuk
- -- kepada guru.
44) Boleh meramalkan kedatangan Imam mahdi dan kiamat.
45) Pengikut boleh menerima kuasa luar biasa dari guru.
46) Pengikut pengikut lelaki dan perempuan dikehendaki diuji dalam bilik khas dan bersumpah tidak akan
-- - menceritakan kepada sesiapapun apa yang terjadi dengan guru dalam bilik itu.
47) Pengikut tidak boleh berkahwin dengan bukan pengikut ajaran itu.
48) Pengikut diwajibkan merahsiakan ajaran kalu tidak akan ditimpa bala.
49) Sembahyang tidak perlu berjemaah dan tidak perlu mengadap kiblat.
50) Gurunya mengaku Imam mahdi dan muridnya yang kanan Nabi Isa.
51) Nikah mengikut syariat hanyalah mengikut adat sebab itu dikehendaki dinikahkan sekali lagi dengan nikah batin.
52) Percaya kepada makhluk makhluk seperti kayu bata dan dan kuasa ghaib.
53) Perbuatan maksiat seperti judi, zina dan minum arak serta segala bentuk dosa boleh dilakukan oleh guru
--- tarekatnya dan boleh dapat jaminan ampun dari Allah ke atas dosa pengikutnya.
54) Murid murid tidak boleh mengahwini wanita wanita yang diminati oleh gurunya.
55) Murid murid tidak boleh mengahwini janda gurunya.
56) Ibadat sembahyang berpada dengan "niat" (terlintas dihati) sahaja.
57) Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah.
58) Quran mempunyai makna makna batin itulah sebenar keramat.
59) Makna Quran yang zahir itu kulit sahaja tidak berguna.
60) Islam itu ada zahir dan batin; Zahir itu kulit dan batin itu isi, bila dapat isi kulit tidak berguna lagi.

Monday, September 12, 2011

Tidak solat lebih keji dari IBLIS LAKNATULLAH

Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis.

Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).

Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.

Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:

Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.

Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:

Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.

Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.

Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.

(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).

Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.

(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).

Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.

Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:

Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.
Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.
Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.
Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.
Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.
Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.
Lihat betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat.

Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar.

Wallahu a’lam.

P/s: Solatlah anda sebelum anda disolatkan.

Saturday, September 10, 2011

Hukum Bermazhab

Hukum Bermazhab...


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Firman Allah Taala di dalam surah an-Nahl ayat 44:

بِالْبَيِّنَاتِ وَالزُّبُرِ وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya: (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab suci (yang menjadi panduan); dan Kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya Engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.

Firman Allah lagi pada surah yang sama ayat 64:

وَمَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ إِلا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِي اخْتَلَفُوا فِيهِ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Maksudnya: Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) melainkan supaya Engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Daripada firman Allah ini dapat kita fahami di antara tugas baginda adalah menerangkan maksud dan isi Al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada manusia agar terlerai segala kekeliruan serta menjadikan panduan Al-Quran mampu difahami dan diamalkan. Kewafatan baginda Nabi bukan pemutus segala-galanya, tetapi tugas itu disambung oleh mereka yang mewarisi tugas para Nabi dan Rasul. Bermula daripada para sahabat seterusnya para tabien dan Ulama berterusan sehingga hari kiamat. Sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Said bin Abd Aziz di dalam Mu’jam Kabir;

كَانَ الْعُلَمَاءُ بَعْدَ مُعَاذِ بن جَبَلٍ عَبْدُ اللَّهِ بن مَسْعُودٍ ، وَأَبُو الدَّرْدَاءِ ، وَسَلْمَانُ ، وَعَبْدُ اللَّهِ بن سَلامٍ ، وَكَانَ الْعُلَمَاءُ بَعْدَ هَؤُلاءِ زَيْدُ بن ثَابِتٍ ، ثُمَّ كَانَ بَعْدَ زَيْدٍ ، ابْنُ عُمَرَ وَابْنُ عَبَّاسٍ .

Maksudnya: Ulama setelah Muaz bin Jabal ialahAbdullah bin Masu’d, Abu Darda’, Salman dan Abdullah bin Salam. Adapun Ulama setelah mereka ialah Zaid bin Thabit. Ulama setelah Zaid ialah Ibn Umar dan Ibn Abbas.

Sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Tarmidzi, Ahmad, Ibn Majah dan Darimi;

عَنْ كَثِيرِ بْنِ قَيْسٍ قَالَ كُنْتُ جَالِسًا عِنْدَ أَبِي الدَّرْدَاءِ فِي مَسْجِدِ دِمَشْقَ فَأَتَاهُ رَجُلٌ فَقَالَ يَا أَبَا الدَّرْدَاءِ أَتَيْتُكَ مِنْ الْمَدِينَةِ مَدِينَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِحَدِيثٍ بَلَغَنِي أَنَّكَ تُحَدِّثُ بِهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَمَا جَاءَ بِكَ تِجَارَةٌ قَالَ لَا قَالَ وَلَا جَاءَ بِكَ غَيْرُهُ قَالَ لَا قَالَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ طَالِبَ الْعِلْمِ يَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ حَتَّى الْحِيتَانِ فِي الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ إِنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Maksudnya: Kathir bin Qais meriwayatkan dengan katanya: Aku duduk di sisi Abu Darda’ di Masjid Dimasy. Tiba-tiba datang seorang lelaki lalu berkata: Wahai Abu darda’, aku datang dari Madinah kota baginda Rasulullah hanya semata-mata kerana satu hadis yang aku dimaklumkan engkau meriwayatkannya daripada baginda. Berkata Abu Darda’: Apakah engkau datang ke sini dengan niat untuk meniaga? Dia menjawab: Tidak. Tanya lagi: Apakah dengan niat dan tujuan yang selain mengambil hadis daripada ku? Dia menjawab: Tidak. Maka berkata Abu Darda’: Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesiapa yang berjalan keluar untuk menuntut ilmu, nescaya Allah memudahkan jalannya menuju syurga. Para Malaikat akan menghamparkan sayap sebagai tanda redha dengan penuntut ilmu. Semua yang di langit dan di bumi akan memohon ampun untuk penuntut ilmu sehinggakan ikan di lautan. Keutamaan seorang alim ke atas seorang ahli ibadat seumpama keutamaan bulan dibandingkan kesemua bintang-bintang. Ulama itu pewaris para Nabi, para Nabi tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil warisan tersebut maka dia telah memperoleh keuntungan yang besar.

Dari sini dapat kita menyimpulkan, peranan Ulama adalah meneruskan tugas para Nabi dan Rasul untuk menjelaskan maksud Al-Quran dan Hadis baginda Nabi. Setiap bidang ilmu terdapat metodologi yang perlu diikuti dan diraikan. Semua manusia berakal meyakini tidak ada satu ilmu pun yang tidak mempunyai metodologi tersendiri. Syarak membawa metodologi yang paling sempurna dalam semua bidang. Maka erti dan maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh Al-Quran dan Hadis tidak akan difahami atau mustahil difahami tanpa bantuan daripada Ulama.

SIAPA ULAMA YANG WAJIB DIIKUTI

Ulama yang dimaksudkan di sini adalah para Mujtahid seumpama Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad.

Sepakat Ulama: WAJIB bertaklid kepada para Mujtahid kepada sesiapa yang tidak mencapai martabat ijtihad sama ada dia orang awam atau si alim yang tidak mencapai martabat ijtihad. Ini metodologi yang disepakati dahulu hingga sekarang. Tidak ada yang mengingkarinya kecuali yang tersesat cara fikirnya. Ini berdasarkan firman Allah Taala di dalam surah an-Nahl ayat 43 dan al-Anbiya ayat 7:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلا رِجَالا نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelum mu (Wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. oleh itu bertanyalah kamu (Wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.

Bahkan secara Ijmak wajib kepada awam yang tidak mendalami metodologi hukum atau si alim yang tidak mencapai taraf ijtihad untuk bertanya dan mengikuti para mujtahid dalam hukum syarak. Ini berdasarkan perbuatan Sahabat dan para Tabiin yang mana mereka ditanya dan diminta fatwa lalu dijawab tanpa disertakan dalil.

Sudah luput dari zaman siapa yang dikatakan Mujtahid. Apa yang baki ialah Alim yang mengetahui selok-belok setiap mazhab yang ada. Mereka inilah pedoman untuk memahami hukum hakam yang disampaikan oleh para Mujtahid. Para Mujtahid mengambil daripada Mujtahid sebelumnya, generasi sebelumnya mengambil daripada baginda lalu bersambung dengan wahyu Allah Taala.

MAZHAB MANA YANG PERLU DIIKUTI

Dibenarkan kepada mana-mana individu untuk mengikut mana-mana Mujtahid. Ini bergantung pada kemudahan untuk dia bertanya soal berhubung dengan soal hukum yang berlaku. Penduduk India sesuai dengan Mazhab Hanafi kerana Ulamanya banyak daripada Hanafi. Di Malaysia sesuai dengan Mazhab Syafie kerana Ulamanya bermazhab Syafie. Mesir sesuai untuk mengikut mana-mana mazhab kerana terdapat Ulama di dalam semua Mazhab.

Wajib berpegang dengan satu mazhab, tidak dibenarkan campur di antara mazhab dengan mazhab. Ini untuk mengelakkan pincang dari sudut amalan. Sebagai contoh Hanafi membenarkan kahwin tanpa wali. Maliki benarkan kahwin tanpa saksi. Jika seseorang ingin berkahwin tanpa wali dan saksi kerana mengambil kedua mazhab. Amalan itu secara ijmak batil mengikut semua mazhab.

APAKAH BOLEH BERPINDAH MAZHAB

Pendapat yang terkuat di kalangan Ulama tidak diwajibkan kepada dua golongan berada di dalam satu-satu Mazhab, bahkan boleh berpindah dari satu mazhab ke mazhab yang lain;

1)) Awam yang mendapat fatwa daripada Ulama yang ditanyanya. Dia akan mengikut fatwa yang dikeluarkan tanpa mengira dari mazhab mana fatwa tersebut.

2) Si Alim (tidak sampai taraf mujtahid) yang mampu menganalisis, mengkaji, mengamati dan memahami metodologi hukum. Mereka ini tidak diwajibkan mengikut mazhab tertentu.

KESIMPULAN

1) Wajib kepada awam atau alim yang tidak mencapai martabat Ijtihad mengikuti salah satu daripada Mazhab yang Empat.

2) Boleh berpindah mazhab atau mengambil pendapat selain daripada pendapat di dalam mazhab yang di taklidnya sekiranya ditanya terlebih dahulu kepada mereka yang mengetahui.

3) Bukan bermaksud memahami hukum atau dalil hanya sekadar membaca satu dua hadis di dalam kitab sahih atau membuka tafsir yang diterjemahkan. Individu yang diberi autoriti untuk mengeluarkan pendapat adalah mereka yang memahami metodologi ilmu agama.

4) Dipersilakan untuk berpindah mazhab atau memilih mana-mana pendapat yang dirasakan perlu tetapi bukan untuk bermain-main. Keadaan perlu yang dimaksudkan seperti;

i) Berpindah ke negara yang tidak bermazhab dengan mazhab si awam tersebut.

ii) Ditimpa satu masalah yang tidak ada penyelesaian kecuali di dalam mazhab lain.

iii) Mengelakkan kepayahan di dalam beribadat dengan memilih pendapat yang agak ringan. Seperti masalah batal wuduk ketika tawaf dan seumpamanya.

Kelompok yang menjadikan pendapat mazhab sebagai permainan mendapat ancaman daripada Syarak sebagaimana dikatakan Imam Auzaie yang diriwayatkan di dalam Sunan Baihaqi;

مُحَمَّدَ بْنَ شُعَيْبِ بْنِ شَابُورَ يَقُولُ سَمِعْتُ الأَوْزَاعِىَّ يَقُولُ : مَنْ أَخَذَ بِنَوَادِرِ الْعُلَمَاءِ خَرَجَ مِنَ الإِسْلاَمِ.

Maksudnya: Sesiapa mengutip pendapat yang ganjil (tersalah) daripada pendapat Ulama, dia terkeluar daripada Islam.

Terdapat satu kisah yang diriwayatkan di dalam Sunan Baihaqi;

سَمِعْتُ إِسْمَاعِيلَ بْنَ إِسْحَاقَ الْقَاضِى يَقُولُ : دَخَلْتُ عَلَى الْمُعْتَضِدِ فَدَفَعَ إِلَىَّ كِتَابًا نَظَرْتُ فِيهِ وَكَانَ قَدْ جُمِعَ لَهُ الرُّخَصُ مِنْ زَلَلِ الْعُلَمَاءِ وَمَا احْتَجَّ بِهِ كُلٌّ مِنْهُمْ لِنَفْسِهِ فَقُلْتُ لَهُ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ مُصَنِّفُ هَذَا الْكِتَابِ زِنْدِيقٌ فَقَالَ لَمْ تَصِحَّ هَذِهِ الأَحَادِيثُ قُلْتُ الأَحَادِيثُ عَلَى مَا رُوِيَتْ وَلَكِنْ مَنْ أَبَاحَ الْمُسْكِرَ لَمْ يُبِحِ الْمُتْعَةَ وَمَنْ أَبَاحَ الْمُتْعَةَ لَمْ يُبِحِ الْغِنَاءَ وَالْمُسْكِرَ وَمَا مِنْ عَالِمٍ إِلاَّ وَلَهُ زَلَّةٌ وَمَنْ جَمَعَ زَلَلَ الْعُلَمَاءِ ثُمَّ أَخَذَ بِهَا ذَهَبَ دِينُهُ فَأَمَرَ الْمُعْتَضِدُ فَأُحْرِقَ ذَلِكَ الْكِتَابُ

Maksudnya: Bercerita Ismail bin Ishak al-Qadi: Aku masuk bertemu Mu’tadid lalu beliau menyerahkan kepada ku satu kitab. Aku melihat di dalamnya dihimpunkan pendapat-pendapat ringan daripada pendapat Ulama yang tersalah. Masing-masing mempertahankan pendapat masing-masing. Aku berkata kepada Mu’tadid: Wahai Amirul Mukminin: Pengarang kitab ini seorang zindik, Khalifah berkata: Apakah hadis-hadis di dalamnya tidak sahih. Aku menjawab: Hadis-hadis sebagaimana yang diriwayatkan (sahih) tetapi mereka yang menghalalkan nabiz tidak mengharuskan mut’ah dan mereka yang mengharuskan mut’ah tidak mengharuskan muzik dan nabiz. Tidak ada seorang alim pun pasti terdapat kesilapan. Sesiapa yang menghimpun pendapat Ulama yang tersalah dan beramal dengannya, maka sirna lah agamanya. Maka Mu’tadid memerintahkan agar dibakar kitab tersebut.

5) Ulama adalah pewaris para Nabi dan Rasul untuk menerangkan Al-Quran dan Hadis sebagaimana yang diinginkan oleh Syarak. Sabda Nabi sebagaimana diriwayatkan di dalam Musnad Ahmad daripada Anas bin Malik baginda bersabda;

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مَثَلَ الْعُلَمَاءِ فِي الْأَرْضِ كَمَثَلِ النُّجُومِ فِي السَّمَاءِ يُهْتَدَى بِهَا فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ فَإِذَا انْطَمَسَتْ النُّجُومُ أَوْشَكَ أَنْ تَضِلَّ الْهُدَاةُ

Maksudnya: Perumpamaan Ulama di bumi seumpama bintang yang berada di langit. Dijadikan petunjuk di dalam kegelapan darat atau lautan. Jika terpadam cahaya bintang maka tersesatlah mereka yang ingin mencari petunjuk.

Allahu A’lam

Wednesday, August 31, 2011

MENGHINA DAN MENGKAFIRKAN PARA SAHABAT NABI SAW ADALAH KAFIR

Menghina Para Sahabat Adalah Kafir

Orang syiah secara terang-terangan menghina para sahabat Nabi saw, Syiah selalu mengajak orang untuk mencintai ahlu bait dan mereka menamakan mereka sebagai ahlu bait. Mereka selalu mengambil perkataan Ali ra sebagai hujah untuk menutupi kesesatan ajaran kufurnya.

Imam Malik rahimahullah juga pernah menjelaskan tentang Syiah:"Mereka (Syiah) jangan diajak berbual dan jangan pula diberi perhatian, mereka adalah golongan pembohong".[1] sedangkan nas dari al-Quran, hadis-hadis sahih, athar dan fatwa-fatwa para ulama muktabar telah menghukum kafir (tanpa khilaf) bagi sesiapa yang menghina para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam kerana mereka adalah Khairu Ummah. Allah berfirman tentang mereka:

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ.

“Kamu (terutamanya para sahabat) sebaik-baik umat dikeluarkan untuk manusia”.[2]

أَكْرِمُوْا أَصْحَابِيْ ، فَأِنَِّهُمْ خِيَارُكُمْ.

“Muliakan oleh kamu sekalian para sahabatku kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang (yang menjadi contoh) terbaik bagi manusia”.[3]

Para sahabat hidup dikurun mufadhalah, berada di siratul mustaqim, diredai oleh Allah dan umat pilihan di mana terdapat begitu banyak hadis-hadis sahih dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan antaranya:

اِنَّ اللهَ نَظَرَ فِيْ قُلُوْبِ الْعْبَادِ فَوَجَدَ قَلْبَ مُحَمَّدٍ خَيْرَ قُلُوْبِ الْعِبَادِ ، فَاصْطَفَاهُ لِنَفْسِهِ ، وَابْتَعَثَهُ بِرِسَالَتِهِ ، ثُمَّ نَظَرَ فِيْ قُلُوْبِ الْعِبَادِ بَعْدَ قَلْبِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَجَدَ قُلُوْبَ أَصْحَابِهِ خَيْرَ قُلُوْبِ الْعِبَادِ ، فَجَعَلَهُمْ وُزَرَاءَ نَبِيَّهِ

“Sesungguhnya Allah telah melihat hati-hati para hamba-hambaNya maka Allah dapati hati Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah hati yang terbaik antara hati hamba-hambaNya. Maka Dia memilihnya dan diutusnya dengan risalah kemudian Dia melihat kepada hati-hati para hambaNya setelah hati NabiNya. Maka Dia dapati hati-hati para sahabat adalah hati yang terbaik antara para hamba-hambaNya. Maka Dia jadikan mereka sebaik-baik pendamping NabiNya yang mereka berperang di atas agamaNya”.[4]

Diriwayatkan dari Ahmad bin Muhammad bin Sulaiman at-Tustari rahimahullah ia berkata: Aku mendengar Abu Zur’ah rahimahullah berkata:

“Jika engkau melihat seseorang mencerca salah seorang sahabat Nabi maka ketahuilah bahawa ia adalah zindiq. Kerana dalam pandangan kami Rasulullah adalah haq dan al-Quran adalah juga haq, sedangkan yang menukil al-Quran dan sunnah-sunnah Nabi kepada kita adalah para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.[5]
Perlulah diketahui oleh setiap orang beriman bahawa mereka yang mencela para sahabat adalah bertujuan untuk memburuk-burukkan kebenaran saksi-saksi kita. Tentulah matlamat mereka ingin menghapuskan al-Quran dan as-Sunnah dengan menimbulkan keraguan dan was-was. Sebenarnya merekalah yang lebih patut diburukkan kerana mereka itu adalah orang-orang zindiq.[6]

Kekejian dan kemungkaran Syiah bukan sahaja menolak al-Quran tetapi telah merubah dan merosakkan kandungan Kitabullah tersebut yang tidak pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani terhadap kitab mereka.[7] Para Ulama Salaf as-Soleh mengharamkan kalangan Ahli Sunnah dari bersatu dan bertolong-tolongan dengan Syiah. Syiah telah menjadi ancaman yang besar dan amat bahaya kepada umat Islam sama ada di segi akidah, ibadah, muamalah atau siyasah. Syiah sentiasa berniat untuk menghapuskan golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah dimanapun mereka berada dengan berbagai-bagai cara, kekuatan dan tipu muslihat. Syiah adalah seteru atau musuh umat Islam, tersenarai dalam sejarah hitam kerana mereka selalu bersama seteru-seteru Islam yang lain seperti Yahudi dan Nasrani demi untuk membunuh umat Islam. Syiah telah membawa masuk tentera Tartar ke negara Islam untuk menyembelih umat Islam. Dan Syiahlah yang telah menjatuhkan Khalifah Abbasiyah.[8]



[1] . Sunnah dan Syiah, Mungkinkah Dipertemukan? Hlm. 57. Dr. Abdullah Muhammad Gharib. Edisi pertama, Surabaya. 1984.
[2] . Ali Imran. 3:110.
[3] . Diriwayatkan oleh Baihaqi dalam “al-Iktiqad” 320. al-Khatib dalam “Tarikh Baghdad”. 6/57. Dikeluarkan oleh Ibn Manduh dalam “Kitab al-Iman”. 1/961-162. Disebut oleh Syeikh al-Albani dalam “Silsilah as-Sahihah”. 3/109-110. dan dalam “Sahih al-Jami”. 2/345.
[4] . Hadis dikeluarkan oleh Ahmad 1/379. Disahihkan oleh Hakim dan
disetujui oleh az-Zahabi.
[5]. Lihat: as-Sharimul Maslul ‘ala Syatmir Rasul. Hlm. 580.
[6]. H/R al-Khattab al-Baghdadi dalam al-Kifayah, hlm 48 Riwayat yang sahih.
[7]. Dipetik dari ceramah Syeikh Rabi’ Ibn Hadi al-Madkhli. Jumaat 10. 7
1427. Di Taif, Arab Saudi.
[8]. Ibid.

Thursday, August 25, 2011

Hidayah dibulan Ramadhan Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Cheryl Chew peluk Islam.

SESUNGGUHNYA hidayah itu datangnya mutlak dari Allah SWT. Berita gembira buat kita semua dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini apabila Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Cheryl Chew memeluk Islam petang semalam.

Beliau melafazkan kalimah Syahadah pada pukul 3.00 petang semalam di pejabat JIM Bukit Malawati. Dimaklumkan bahawa beliau kini menggunakan nama Huda Chew.



Antara rakan-rakan Cheryl yang menitiskan air mata kegembiraan dengan keislaman beliau. Dimaklumkan juga bahawa beliau menerima banyak hadiah berupa tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan terdekat.

Difahamkan, sebelum ini Cheryl telah mula berpuasa dan mendalami Islam secara berperingkat sebelum mengambil keputusan untuk memeluk Islam di dalam hari yang bersejarah semalam.

Tuesday, August 16, 2011

Dr Mohd Asri Menyokong S.S Mufti Pulau Pinang.

SAYA MENYOKONG KEPUTUSAN S.S MUFTI PULAU PINANG
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin



Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat. Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid..dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini..boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin:http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.

Sumber: DRMAZA

Sunday, August 14, 2011

Al-Quran dan sunnah seru perkukuhkan silaturahim


Oleh sebab kita mengakui Al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup, seharusnya kita berusaha mencipta kebaikan dalam kehidupan ini. Kita harus memperbaiki hubungan persaudaraan sesama Islam, merapatkan hubungan silaturahim dengan keluarga yang dekat mahupun yang jauh dan mencipta perdamaian di antara pihak-pihak yang bermusuhan.

Allah menegaskan dalam firmanNya yang bermaksud: Bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman - (Surah al-Anfal, ayat 1).

Ciri-ciri mukmin yang sejati ialah menghormati tetangganya, menyambungkan tali persaudaraan dan memiliki perhatinan terhadap penderitaan yang dirasakan oleh saudaranya di sekitarnya.- (Hadis diriwayat oleh Bukhari).



Pengabaian oleh sesetengah umat Islam terhadap maksud hadis tersebut meletakkan diri mereka pada hari ini jauh sekali daripada memenuhi ciri-ciri Mukmin yang sejati. Seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w bahawa akan datang suatu zaman orang berkumpul di masjih untuk bersembahyang tetapi tidak akur dengan tetangganya iaitu memutuskan silaturahim. Maka ia dinilai oleh Nabi sebagai orang yang melakukan solat tetapi hakikatnya tidak dihitung sebagai orang yang melakukan solat.

Al-Quran menyebut bahawa amalan silaturahim merupakan perintah kedua setelah perintah takwa. Dalam surah Al-Nisa ayat 1, Allah berfirman yang bermaksud:

Bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut namaNya, serta peliharalah hubungan silaturahim kaum kerabat.

Demikian juga dengan surah al-Hujuraat, ayat 10, Allah menegaskan dalam firmaNya yang bermaksud:

Sebenarnya orang-orang mukmin itu bersaudara. Maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertengkar itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Takwa dan silaturahim selalu digandingkan di dalam Al-Quran dan merupakan dua hal yang tak boleh dipisahkan. Maksudnya jika orang itu bertakwa kepada Allah, tentu dia akan menyambungkan silaturahim dan kalau dia tidak bertakwa kepada Allah tentu dia akan memutuskan hubungan silaturahim.

Dalam surah al-Ra`d ayat 21 disebut bahawa salah satu tanda orang yang beruntung di akhirat ialah di dunia dia senang menyambungkan hubungan silaturahim dengan kaum kerabat atau membantu orang-orang yang memerlukan bantuan.

Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan. - (Surah al-Ra`d, ayat 21).

Oleh kerana di dunia mereka senang menyambungkan tali kekeluargaan, maka Allah sambungkan tali kekeluargaan mereka nanti pada hari akhirat. Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman:

Barang siapa yang memutuskan tali kekeluargaan, akan aku putuskan hubunganKu dengan dia. Dan barangsiapa menyambungkan tali kekeluargaan, Akupun akan mengukuhkan tali kekeluargaannya nanti.

Lebih daripada itu diriwayatkan dalam banyak hadis bahawa amalan silaturahim akan memakmurkan rumah dan menambah usia walaupun para pelakunya bukan orang baik-baik. Amalan silaturahim ini akan membersihkan segala amalan kita yang lain serta melipatgandakan kekayaan, menolak bala dan menangguhkan kematian.

Perbezaan ideologi tidak seharusnya menjadi alasan untuk memutuskan hubungan tali silaturahim. Ingatlah orang yang memutuskan tali persaudaraan akan menerima laknat daripada Allah S.W.T.

Ketika Nabi berada di Arafah pada waktu Isyak bersama-sama sahabat, tiba-tiba beliau bersabda yang bermaksud:

Aku tidak menghalalkan siapapun yang pada petang hari ini dalam keadaan memutuskan tali silaturahim kecuali dia harus meninggalkan kami.

Dan yang jelas rahmat Allah tidak akan turun di tempat yang ada suatu kaum yang memutuskan hubungan silaturahim.


Monday, July 25, 2011

Jadual Harian Seorang Muslim Di Bulan Ramadhan

4.00 pagi

Bangun Berdoa kepada ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.





4.20 pagi

Solat Sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa. Solat Sunat Tahajjud Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH. Solat Sunat Hajat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita. Solat Sunat Witir Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.




5.00 pagi

Makan Sahur Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.




5.28 pagi

Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.




7.00 pagi

Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.




10.00 pagi

Sembahyang Sunat Dhuha Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia. Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.




12.45 tgh

Bersiap untuk solat Zohor. Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.




4.15 ptg

Bersedia untuk solat Asar. Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.




5.30 ptg

Persediaan Malam Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!




6.30 ptg

Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima. Apabila masuk waktu magrib. Bacalah

doa dan berbuka : Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.




8.00 mlm

Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)




11.00 mlm

Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur...

Wednesday, July 13, 2011

Sudah tiba masanya Melayu bangkit Pejuangkan ISLAM!!


Assalamualaikum...

Saya kira sudah sampai masanya bangsa Melayu yang sedang tidur sekarang untuk bangun semula pertahankan Islam yang kian hari kian hancur, bangunkan semula Syariat2 Islam, Imarahkan masjid2 yang sunyi dari jemaah, ramaikan semula rumah2 Allah yang lebih banyak tiangnya daripada Jemaah2.. bangunkan semula institusi Islam, kita jadi LAYU disebabkan agenda Yahudi memusnahkan Islam sikit demi sedikit, Yahudi menghalang kebangkitan Islam, kita tidak boleh lena ikut rentak Yahudi...

Apakah Kemajuan Melayu kini?

Saudara2 semua berfikirlah sejenak, lupakan fahaman politik masing2, apakah kemajuan Melayu sekarang? Apakah keluar dimuka depan Akhbar2 Harian tentang melayu? Rogol,Bunuh,Rompak,Ragut,Bunuh Diri,BUANG BAYI,Zina,Arak,Judi,Maksiat, MURTAD!! Apakah ini semua menjadi kebanggaan kita semua? Perkara inilah yang Yahudi ingin lihat..mereka ingin lihat semua Umat Islam tidur dan leka.. bangunkanlah semula Islam, Melayu akan hancur jika membelakangkan Islam, Melayu akan hancur jika ikut acuan Yahudi... marilah kita bangunkan semula Islam yang ditinggalkan oleh Baginda Salallah A'laihi Wassallam ini, yang dulunya Digeruni musuh2 Islam.


Bersatulah tidak kira fahaman politik!!

Umat Islam kebanyakan dinegara ini terlampau agungkan agenda masing2,agungkan pemimpin masing2, sehingga ramai yang berpecah belah pertahankan fahaman masing2, Yahudi bersedia menunggu ketua mereka DAJJAL, kita masih berbalah sesama Muslim, adakah kita bersedia menyambut seruan Imam Mahdi untuk bersama2 tegakkan Islam? Adakah kita bersedia untuk berperang dengan Askar2 Dajjal?

Tegakkan Islam!!

Mari kita bangun dan tegakkan Islam, bangunkan semula Syariat2 Islam yang lama ditinggalkan, kembalikan kuasa Mahkamah Syariah sebagai Mahkamah yang berkuasa diMalaysia menggantikan Mahkamah Sivil yang dicipta golongan Yahudi untuk sekat kebangkitan Islam, bangunkan semula Hudud,Qisas dan Takzir!! laksanakan Amar Makruf dan Nahi Mungkar, penjenayah tidak takut untuk membuat jenayah kerana mereka boleh mengulangi jenayah mereka tanpa rasa gentar.. Allah janjikan Keamanan,Kemakmuran,Kesejahteraan kepada umat Islam yang sedia menegakkan Hukum2 Allah yang termaktub dalam AlQuran, Allah sendiri akan jadi penghadang kepada segala jenayah,kejahatan dan kemungkaran di bumi Malaysia asalkan kita melaksanakan Syariat Islam... adakah kita sanggup meninggalkan Syariat Islam dan melaksanakan Undang2 Ciptaan Yahudi laknatullah!! sedarlah Yahudi laknatullah telah banyak memusnahkan Islam, mereka sedang membunuh rakyat Palestin dan saudara2 kita yang jati diri mereka kuat berpegang teguh dengan Syariat Islam Yahudi tidak mampu untuk "melupuskan" pegangan kuat mereka, sedangkan kita begitu mudah ditewaskan diMalaysia.

Kita pula amat mudah dihancurkan kerana Yahudi musnahkan kita dengan senjata mereka yang lebih Ganas dan berkesan, iaitu HIBURAN yang melalaikan!!

Bersatulah semua, bersatulah atas jalan2 Allah, laksanakan Dasar2 Islam, lupakan agenda politik sempit yang berterusan mencipta PERMUSUHAN yang merugikan kita semua.. PAS,UMNO,PKR akan rugi jika terus bersengketa... marilah bersatu atas dasar Islam yang termaktub dalam AlQuran...

Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah

.Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” Surah Al Ma’idah : 44

“Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) di kalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu.” Surah al-Maidah : Ayat 49


“Dan sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu tanda-tanda yang terang dan nyata, hanya orang fasiq sahaja yang engkar dengan tanda-tanda yang terang itu.” Surah Al-Baqarah : Ayat 99


Wallahua'lam ,semoga Kalian semua mendapat keredhaan dari Allah, yang baik datangnya dari Allah, yang buruk dari saya sendiri.....semoga mendapat manfaat...Allahuakbar!!!



Ikhlas dari Sketeriat Pejuang Islam Semalaysia -Akhi Khairul-.....