"Seseorang yang mengikuti hawa nafsunya, berarti menyerah kepada keinginan musuhnya"

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar.
(Khalifah ‘Umar)

Monday, May 23, 2011

Sejarah 3 BANI

Catatan sejarah 3 bani keturunan Nabi Ibrahim AS iaitu Bani Arab, Bani Israel dan Bani Jawi. Bani Israel tahu bahawa riwayat Bani mereka akan ditamatkan oleh Bani Jawi. Pemimpin Bani Jawi adalah gabungan benih Bani Arab dan Bani Jawi iaitu Imam Mahadi. Justeru Bani Israel berusaha bermati-matian mencari Imam Mahadi. Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas dan kemudian dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna. Di bumi Jawi ini Imam Mahadi dilahirkan ke dunia dan membesar menanti hari untuk pulang ke tanah asal nenek moyangnya . Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi@ kaum yang hilang. Kini Yahudi telah mengetahui di mana kah “promised land” iaitu Bumi Malaysia@Tanah Melayu@Tanah Jawi. Sekarang Yahudi berusaha sedang menjejaki lokasi Imam Mahadi. Yahudi tahu Imam Mahadi ada di bumi Jawi ini. Tetapi ketentuan Allah mengatasi segalanya. Sebagaimana Allah selamatkan Nabi Musa di dalam istana Firaun, sebagaimana Allah selamatkan Nabi Ibrahim di dalam api, sebagaimana Allah selamatkan Nabi Isa dari kepungan Yahudi , sebagaimana Allah selamatkan Nabi Muhammad saw dari kepungan kafirin begitulah Allah akan selamatkan Imam Mahadi dari konspirasi Bani Israel dan kuncu-kuncunya.
Bacalah catatan pengembaraan bani misteri ini mencari “promised land”untuk menunaikan misi suci wasiat ayahanda Nabi Ibrahim a.s.

No comments:

Post a Comment