"Seseorang yang mengikuti hawa nafsunya, berarti menyerah kepada keinginan musuhnya"

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar.
(Khalifah ‘Umar)

Friday, May 20, 2011

Kini Ikhwan dan Salafi Mula Menuntut Penegakkan Khilafah Islamiyyah

Pada hari Sabtu yang lalu, media Al-Masry al-Yaum telah melaporkan bahawa lebih daripada 50 ribu orang telah menghadiri perhimpunan besar-besaran yang dianjurkan oleh Ikhwanul Muslimin bersama Salafi di daerah Haram, Giza. Ribuan yang hadir itu melaungkan slogan-slogan yang menyatakan bahawa Ikhwan dan Salafi adalah satu dan kedua-duanya berusaha untuk menerapkan Syariah Islam.

"Negara Arab Bersatu dan Negara Islam Bersatu pasti tiba," kata ulama Salafi, Safwat Hegazy pada pertemuan tersebut. "Dan dengan segera kita akan memiliki seorang Khalifah yang akan mengurus kita semua."

Hegazy juga memberi respon tentang pembakaran gereja di Imbaba pada hari Sabtu lepas dengan mengatakan, "Mereka bukan Salafi atau Ikhwan, bukan juga orang Mesir". "Mereka adalah musuh yang ingin memulakan permusuhan (melaga-lagakan) sesama kita."

Peyampai seruan daripada Salafi, Mohamed Hassa, meminta semua gerakan Islam untuk meyakinkan seluruh kaum Muslimin dan Kristian bahawa mereka semua adalah sama-sama bangsa Mesir. "Mesir bukan milik umat Islam sahaja," katanya. "Dan Koptik dilindungi oleh Islam. Mereka tidak perlu berhijrah ke Amerika Syarikat untuk perkara itu (perlindungan)."

Seiring dengan angin perubahan yang berlaku di Timur Tengah, yang bermula dari Tunisia dan Mesir yang berjaya menumbangkan rejim Ben Ali dan Mubarak, rakyat kini sudah semakin berani untuk melawan rejim-rejim yang menindas.

Tuntutan kepada perubahan secara keseluruhan melalui penerapan syariah kini terus-menerus disuarakan. Khilafah sudah mula menjadi isu bagi gerakan-gerakan Islam. Kaum Muslimin mulai sedar bahawa mereka terlalu lama hidup sengsara tanpa naungan Khilafah. Revolusi yang berlaku sebelum-sebelum ini hanya sekadar menggantikan 'muka-muka baru', sedangkan rejimnya tetap sama.

Seruan untuk penegakkan Khilafah terus bergema sejak 1953, di mana Masjid Al-Aqsa yang diberkati itu merupakan titik permulaan bagi seruan tersebut. Sehingga kini, Al-Aqsa terus-menerus memanggil negeri-negeri kaum Muslimin yang lain beserta kaum Muslimin dan para tenteranya supaya bersegera untuk membebaskan diri dari cengkaman penjajah.

Bukan sahaja di negeri-negeri di Timur Tengah, seruan penegakkan Khilafah juga turut bergema daripada jantung peradaban Barat. Hizbut Tahrir sejak awal kemunculannya tetap konsisten dengan seruan penegakkan Khilafah terhadap kaum Muslimin. Mereka sering menganjurkan seruan dan demonstrasi di bandar London, Sydney, Amsterdam dan Copenhagen. Mereka bersuara dengan nada yang sama iaitu menginginkan Khilafah Islamiyyah.

Seruan ini akan terus bergema sehinggalah pertolongan Allah tiba suatu hari nanti. InsyaAllah, Khilafah Islamiyyah yang dinanti-nantikan, yang merupakan institusi politik agung sebagai pelaksana hukum syariah itu akan semakin hampir kemunculannya tidak lama lagi.

Sumber : Syabab.com

1 comment:

  1. Ar Rayah World News

    Perkembangan terkini kebangkitan Khilafah
    Di seluruh dunia

    http://ibnuyassir.blogspot.com/

    ReplyDelete